PUTRAJAYA : Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan senarai 15 atlet Road To Gold (RTG) pada Jumaat.

Ia didahului dengan dua jaguh Basikal Negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom, serta Jaguh Badminton Negara, Lee Zii Jia.

Empat pasangan atlet badminton bagi beregu lelaki, wanita dan campur juga tersenarai sebagai altet RTG  iatu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik (beregu lelaki), Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi (beregu lelaki), Pearly Tan dan M. Thinaah (beregu wanita), Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing (beregu campur), serta Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jemie (beregu campur).

Turut tersenarai, atlet akuatik terjun, Datuk Pandalela Rinong Pamg dan Nor Dhabitah Sabri.

"Senarai ini dijangka akan berubah apabila kejohanan kelayakan ke Paris 2024 bermula dan tertakluk kepada persetujuan Jawatankuasa RTG serta pemantauan berkala," katanya dalam sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Road To Gold di Menara KBS di sini pada Jumaat.

Ujarnya, Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Mirnawan Nawawi akan memulakan pertemuan dengan atlet RTG dan jurulatih mereka dalam masa sebulan bagi mendengar keperluan 'top-up' yang diperlukan serta mendapatkan persetujuan mereka bagi mengikuti program.

"Anggaran perbelanjaan program RTG hanya boleh ditentukan selepas pertemuan bersama semua atlet RTG dan akan diumumkan selepas dikemaskini dan dipersetujui oleh Jawatankuasa RTG," ujarnya.

Jawatankuasa RTG juga telah memutuskan untuk tidak mengikut keputusan beberapa negara yang dikatakan mahu memboikot temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dan segala tindakan adalah selaras dengan ketetapan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang tidak membawa politik ke dalam sukan.

Dalam perkembangan berkaitan, Hannah menjelaskan, beliau akan bertemu dengan Lee Zii Jia pada Sabtu, selepas pemain badminton perseorangan lelaki profesional negara diumumkan sebagai salah seorang daripada 15 progam RTG.

Dalam masa sama jelasnya, Zii Jia tidak terikat dengan syarat untuk kembali semula kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) jika mahu menyertai RTG.

"Pada saya apabila Lee Zii Jia pergi All England, kami ada berhubung melalui Whatsapp. Saya ada beri dorongan kepada beliau. Jadi pertemuan ini yang akan berlangsung esok. Kalau untuk RTG ini, (persoalan) sama ada dia perlu balik kepada BAM, seperti saya katakan, keperluan setiap atlet itu berbeza dan kita tiada 'special format' , semuanya perlu lalui persatuan sukan kebangsaan dahulu. 

"Kita ada 'independent player' yang mempunyai komitmen berbeza, sebab itu selepas team kita akan jumpa dan bincang. So, it's premature to say Zii Jia wants to go back. Jika dia mahu training di Ipoh, kita akan cari jalan untuk bantu dia mengikut kemampuan kita juga dan mengikut perbincangan," tambahnya.