OLE Gunnar Solskjaer perlu diberikan lebih masa untuk membetulkan keadaan di Manchester United, kata legenda kelab itu, Roy Keane.
United terikat 1-1 dengan Arsenal di laman sendiri awal pagi tadi, yang menyaksikan mereka berdepan rekod permulaan terburuk sepanjang era Liga Perdana Inggeris.
Dengan hanya mengumpul sembilan mata daripada tujuh perlawanan, United kini berada di tangga ke-10 dan hanya perbezaan jaringan memisahkan mereka dengan kelompok separuh terbawah liga.
Pasukan itu hanya meraih 49 mata daripada 28 perlawanan liga di bawah kendalian Solskjaer -- kurang dua mata berbanding 28 perlawanan terakhir di bawah kelolaan bekas pengurus, Jose Mourinho.
BACA: VAR bermakna anda tidak boleh raikan 100 peratus - Aubameyang
BACA: Aubameyang buat Manchester United gigit jari
Kane berasakan tiada keraguan mengenai pemilihan Solskjaer untuk mengubati situasi di Old Trafford pada ketika ini.
"Saya fikir dia amat bijak, seorang yang jujur dan baik," katanya kepada Sky Sports.
"Ia tugas yang sukar buat masa ini, namun terdapat enam atau tujuh pemain muda yang sedang belajar.
"Kita semua tidak sabar, kita mahukan kejayaan semalam, namun anda perlu memberikannya masa. Dia sedang kecewa, tertekan, namun sedang menanganinya.
"Dia seorang yang ada kelas tetapi tidak syak lagi, dia pasti kecewa kerana tidak memenangi banyak perlawanan.
"Mereka memberikannya tugas itu, menyokongnya dalam jendela perpindahan.
"Adakah hari-hari akan datang akan lebih mencabar? Anda mempertaruhkan hidup anda, namun anda perlu kekal yakin dengannya.
"Kedua-dua pasukan tidak beraksi baik malam ini. Mereka kekurangan gol, kekurangan peluang yang dicipta. Beri pemain-pemain ini masa," katanya.
Arsenal kembali ke tangga keempat Liga Perdana tetapi Keane tidak yakin pasukan itu akan kembali ke dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Ditanya pasukan mana yang lebih berpeluang untuk kembali ke saingan elit Eropah itu, Keane menjawab: "Berdasarkan persembahan malam ini, tiada antara mereka yang akan menamatkan musim dalam kelompok empat teratas."
Astro Arena
Tue Oct 01 2019
Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer bertepuk tangan selepas perlawanan antara Manchester United dan Arsenal tamat di Old Trafford, Manchester, Britain, 30 Sept, 2019. REUTERS
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Arsenal bawa keluar satu mata dari Fulham
Keputusan itu menyaksikan Arsenal mengumpul 29 mata selepas mengharungi 15 perlawanan lima mata di belakang Liverpool.
EPL: Arsenal benam Manchester United di Emirates
Jaringan sepakan sudut memastikan Ruben Amorim terpaksa akur tewas buat kali pertama sebagai jurulatih Manchester United dalam saingan EPL berdepan Arsenal 0-2 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Norway pulangkan Martin Odegaard ke Arsenal
Odegaard, yang tercedera ketika bertugas antarabangsa pada September lepas, hanya kembali beraksi untuk Arsenal minggu lalu.
Saka, Rice buat Arsenal tidak senang duduk
Saka dikeluarkan pada minit ke-81 selepas menerima rawatan mengenai masalah di kakinya, Rice meninggalkan padang 10 minit lebih awal.
Chelsea, Arsenal berkongsi mata Derbi London
Keputusan seri menyaksikan Chelsea berada di kedudukan ketiga liga mengatasi Arsenal keempat dengan kelebihan jaringan.
UCL: Rekod sempurna Calhanoglu pastikan Inter Milan hukum Arsenal
Calhanoglu kemudian tenang menewaskan David Raya untuk menjaringkan gol sepakan penaltinya yang ke-19 sepanjang mewakili Inter.
Arsenal berduka tunduk kepada Newcastle
Keputusan itu sekali gus menyaksikan pendahulu EPL, Manchester City berpeluang untuk mendahului lapan mata daripada Gunners di puncak liga.
Salah bantu Liverpool ikat Arsenal di Emirates
Bukayo Saka memberi Arsenal pendahuluan pada minit kesembilan apabila rembatan menewaskan Caoimhin Kelleher untuk gol ke-50 liga.
Jaringan sendiri Shahktar untungkan Arsenal
The Gunners terlepas sepakan penalti pada separuh masa kedua dan mensia-siakan beberapa peluang yang baik.
Havertz terlepas aksi Liga Negara-Negara UEFA
Havertz tampil cemerlang menjaringkan satu gol minit ke-58, bermain 90 minit bersama Arsenal ketika menang bergaya 3-1 ke atas Southampton.