awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah mampu julang Piala Malaysia musim ini - Tan

Bernama
Bernama
12/12/2015
08:03 MYT
Kedah mampu julang Piala Malaysia musim ini - Tan
Tan berkata selepas pasukannya itu menjuarai Liga Perdana musim ini, keyakinan pemain-pemainnya semakin baik - Foto Facebook
Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe yakin skuad Helang Merah mampu mengulangi kejayaan berganda musim ini dengan menjulang Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Shah Alam, malam ini.
Tan berkata selepas pasukannya itu menjuarai Liga Perdana musim ini, keyakinan pemain-pemainnya semakin baik dan matang terutamanya selepas berjaya melepasi saingan suku akhir dan separuh akhir Piala Malaysia.
Beliau berkata pasukan itu telah bekerja keras dan perlu mengekalkan momentum untuk merampas semula Piala Malaysia yang pernah dimenangi pada 2008.
"Tahniah kepada pasukan, saya sangat berbangga dengan semangat juang yang mereka tunjukkan sepanjang perlawanan Piala Malaysia ini.
"Saya sering berhubung dengan Ramon Marcote tentang prestasi pasukan. Apa yang saya lihat keyakinan pasukan lebih meningkat, tekanan pemain juga semakin berkurang tidak seperti ketika saingan Liga Perdana," katanya kepada Bernama.
Tan menyerahkan tugasnya sementara kepada Marcote kerana perlu mengikuti kursus kejurulatihan lanjutan lesen A di China sejak November lalu.
Katanya beliau akan bersama-sama pasukan serta Marcote di perlawanan final malam ini.
"Sebagai ketua jurulatih, saya akan bersama pasukan, semua jurulatih dalam pasukan telah bersama-sama memantapkan pasukan sejak saingan Liga Perdana lagi. Sudah pasti semua kena bersama-sama pasukan.
Sebagai rekod Kedah pernah menundukkan Selangor dengan kemenangan dramatik untuk menjulang Piala Malaysia pada 2008.
Topic Berkaitan
#Ketua Jurulatih Kedah
#Piala Malaysia
#Tan Cheng Hoe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan