awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah sedia bersaing di Piala AFC, nafi ada 'jembalang'

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
10/08/2017
13:57 MYT
Kedah sedia bersaing di Piala AFC, nafi ada 'jembalang'
Kedah, selaku juara Piala FA, menempah slot ke kejohanan itu bersama Johor Darul Takzim (JDT), yang merupakan juara Liga Super. -Gambar fail/Bernama
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menafikan dakwaan beberapa pihak bahawa mereka belum bersedia untuk menyertai kejohanan Piala AFC tahun hadapan.
Kedah, selaku juara Piala FA, menempah slot ke kejohanan itu bersama Johor Darul Takzim (JDT), yang merupakan juara Liga Super.
Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar menjelaskan KFA telah melaksanakan semua syarat untuk mendapatkan lesen AFC.
"Semua proses dokumentasi telah diselesaikan 31 Julai lalu. Begitu juga dengan proses lain seperti sesi pengauditan stadium.
"Kami difahamkan pihak AFC berpuas hati dengan semua kemudahan yang disediakan, dan kami sendiri juga telah melakukan penambahbaikan yang diperlukan," katanya dalam satu pertemuan dengan media yang disiarkan secara langsung melalui akaun Facebooknya.
Datuk Aminuddin juga memberitahu pihak KFA sentiasa berusaha untuk memastikan Kedah sedia bersaing dalam kejohanan tersebut.
Dalam pada itu, Datuk Aminuddin turut menjelaskan, KFA sentiasa bersedia melepaskan bukan sahaja pemain, malah jurulatih untuk menyertai pasukan kebangsaan kerana menganggap ia satu penghargaan besar biarpun terpaksa berdepan pelbagai risiko.
"Kami (KFA) menerima surat daripada Tan Cheng Hoe (bekas jurulatih Kedah) untuk melaporkan diri ke FAM sebagai penolong jurulatih dalam tempoh tiga hari. Kami minta tangguh selama sebulan kerana tempoh yang singkat itu agak tidak adil bagi kami.
"Mungkin ada salah faham sehingga keluarnya kenyataan ada 'jembalang' dalam KFA yang membuatkan Tan Cheng Hoe mahu keluar dari persatuan.
"Tiada 'jembalang', kami lepaskan Tan Cheng Hoe kerana sedar ia satu penghormatan besar," katanya.
Sebelum ini, satu pertemuan telah berlangsung antara Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan pemerhati dan penyokong bola sepak tanah air di Johor Bahru.
Ia mencetuskan beberapa isu, antaranya perlesenan AFC oleh Kedah dan pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai penolong jurulatih kebangsaan.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Datuk Aminuddin Omar
#FAM
#Kedah
#Piala FA
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan