Aksi penutup tirai Liga Malaysia 2015, akhir Piala Malaysia antara naib juara Liga Super, Selangor dan juara Liga Perdana, Kedah di Stadium Shah Alam, malam Ahad bakal menjadi perhatian jutaan peminat bola sepak tanah air.
Sebanyak 62,000 keping tiket keseluruhan yang diperuntukkan kepada kedua-dua pasukan habis dijual dalam tempoh kurang dua jam pada Khamis membawa maksud bahawa pertembungan epik antara dua pasukan berkenaan amat dinantikan oleh penyokong masing-masing.
Kemampuan taktikal pengendali Selangor, Mehmet Durakovic dan pemangku jurulatih Kedah, Ramon Marcote bakal diuji di hadapan lebih 80,000 penyokong yang dijangka membanjiri Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan itu yang juga aksi ulangan akhir 2008 di mana Kedah menang tipis 3-2 pada aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Bagaimanapun rekod berkenaan tidak boleh dijadikan sandaran oleh pemain Kedah untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kelima kerana pemain skuad Gergasi Merah turut bersemangat untuk menamatkan "Misi 33" yang sudah tertangguh sekian lama.
Untuk rekod, Selangor merupakan pasukan paling banyak merangkul Piala Malaysia iaitu sebanyak 32 kali iaitu pada 1922, 1927, 1928, 1929, 1935, 1936, 1938, 1949, 1956, 1959, 1961, 1962, 1963, 1966, 1968, 1969, 1971, 1972, 1973, 1975, 1976, 1978, 1979, 1981, 1982, 1984, 1986, 1995, 1996, 1997, 2002 dan 2005.
Kedah meraih kejuaraan Piala Malaysia empat kali sebelum ini - 1990, 1993, 2007 dan 2008 selain muncul naib juara sebanyak enam kali iaitu 1940, 1987, 1988, 1989, 1992, 2004.
Durakovic yang pernah menjulang Piala Malaysia sebanyak tiga kali - 1995, 1996 dan 1997 ketika beraksi dengan Selangor memasang hasrat untuk menjulang piala berkenaan selaku jurulatih manakala Marcote pula mengintai trofi kedua, musim ini selepas membantu Kedah muncul juara Liga Perdana.
Marcote atau lebih dikenali sebagai Marco di kalangan pemain skuad Helang Merah, mengambil alih sementara tugas ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe yang menyertai Kursus Kejurulatihan Kelas A di China sejak akhir bulan lepas.
Dalam pada itu, beberapa bekas jurulatih dan bekas pemain kebangsaan mempunyai pandangan berbeza ke atas perlawanan berkenaan memandangkan dua pasukan berkenaan tidak diletakkan sebarang harapan untuk melangkah ke akhir Piala Malaysia, musim ini.
Bagi bekas pengendali pasukan UiTM FC, Mohd Azuan Mohd Zain mengakui Kedah berkelebihan muncul juara menerusi persembahan cemerlang dua awang import mereka iaitu Sandro Da Silva dari Brazil dan Chidi Edeh dari Nigeria yang sudah meledak 33 gol keseluruhan bersama Kedah dalam semua pertandingan, setakat ini.
Selain itu, katanya, skuad Helang Merah mempunyai banyak pemain muda yang mempamerkan aksi memukau dalam saingan Piala Malaysia seperti Mohd Rizal Ghazali, Muhammad Farhan Roslan selain Muhammad Syafiq Ahmad yang mewakili skuad Bawah 23 negara pada Sukan SEA Singapura, Jun lalu.
Berbeza pula dengan pandangan bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan yang menyifatkan kelebihan beraksi di laman sendiri membantu Selangor menamatkan "Misi 33" mereka yang sekian lama tertangguh.
Beliau bagaimanapun menjelaskan corak permainan yang diamalkan kedua-dua pasukan tidak jauh berbeza iaitu hantaran bola pendek selain persefahaman yang baik antara kesemua pemain.
"Bagi saya, susah hendak ramalkan siapa juara kerana saya lihat kedua-dua pasukan ini tidak mempunyai pemain bintang yang mempunyai skil individu berbanding Pahang dan Johor Darul Ta'zim.
"Cuma kelebihan beraksi di tempat sendiri akan membantu Selangor namun secara kasarnya, saya lihat kedua-dua pasukan mempunyai corak persembahan yang tidak jauh bezanya," kata Sathianathan yang pernah mengendalikan beberapa pasukan tempatan.
Ketua jurulatih sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee pula berpandangan kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang untuk menjulang Piala Malaysia.
Kedah, katanya, mempunyai kombinasi pemain muda yang mempamerkan aksi cemerlang selain turut menunjukkan peningkatan dalam corak permainan sejak menjuarai Liga Perdana, manakala Selangor mempunyai barisan pertahanan yang mantap selain mempunyai keazaman yang sangat tinggi untuk meraih Piala Malaysia buat kali ke-33.
Bernama
Sat Dec 12 2015
Sebanyak 62,000 keping tiket keseluruhan yang diperuntukkan kepada kedua-dua pasukan habis dijual dalam tempoh kurang dua jam
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir: Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim kembali beroperasi hari ini
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) yang ditutup akibat bencana banjir sejak 10 hari lalu, kembali beroperasi hari ini.
Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.
Sisa jerami padi hasilkan produk kelestarian industri di peringkat global
Penghasilan 'emas hijau' atau produk pembungkusan terbiodegradasi yang diproses daripada sisa jerami padi di Gurun, Kedah dianggarkan mencecah nilai pasaran RM60 juta.
Bin Zayed tarik diri projek Langkasuka: Sanusi bidas pihak salahkan kerajaan negeri
Muhammad Sanusi membidas pihak-pihak yang mengaitkan keputusan Bin Zayed International LLC menarik diri daripada projek Langkasuka di Langkawi dengan kegagalan kerajaan negeri.
Kerajaan sedia peruntukan pembangunan RM942.85 juta untuk Kedah, Perlis
Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan berjumlah RM942.85 juta di Kedah dan Perlis bagi mewujudkan kawasan perindustrian baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Kedah henti perbincangan jual 100 peratus saham dengan Mahsuri Medical Centre
KDA FC memaklumkan bahawa kelab itu telah membuat keputusan untuk menghentikan perbincangan penjualaan 100 peratus saham mereka dengan Mahsuri Medical Centre.
Polis nafi dakwaan gagal siasat kes dokumen palsu hak milik tanah di Kedah
Polis menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui akaun TikTok 'Abuismailabuyaziz' itu adalah tidak benar dan berniat jahat.
Banjir Kedah: Tiga mangsa diselamatkan selepas terperangkap atas pokok
Mohamad Sofi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.57 pagi.
Banjir: Mangsa di Kedah, Perlis meningkat sedikit malam ini
Di Kedah, jumlah mangsa meningkat kepada 1,419 orang daripada 447 keluarga berbanding 1,157 orang daripada 347 keluarga petang tadi.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.