awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehadiran Zulfahmi hangatkan perlumbaan SBK di Malaysia

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
22/03/2016
09:02 MYT
Kehadiran Zulfahmi hangatkan perlumbaan SBK di Malaysia
Zulfahmi (kanan) bersama CEO SIC, Datuk Razlan Razali dan Pengarah Kanan Pemasaran Antarabangsa Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof semasa pelancaran SBK Malaysia di Kuala Lumpur pada Selasa.
Pusingan keenam Kejohanan Superbike Dunia (SBK) akan berlangsung pada 13 hingga 15 Mei di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Perlumbaan tahun ini lebih menarik dengan penyertaan pelumba tempatan Zulfahmi Khairuddin berbanding tahun sebelum ini.
Penyertaan pelumba tempatan dalam SBK ternyata memberi impak kepada penjualan tiket awal perlumbaan di Sepang musim ini, apabila menyaksikan peningkatan sekitar 20%.
Zulfahmi yang menunggang Kawasaki ZX-6R turut beraksi dalam perlumbaan Super Sport dengan cemerlang, apabila menduduki tangga ke-13 pada pusingan pertama di Australia dan ke-7 di Thailand baru-baru ini.
Pencapaiannya itu adalah di luar jangkaan ramai kerana Zulfahmi menghadapi masalah jentera di Thailand.
SIC turut melancarkan kempen #SupportFahmi63 bagi menunjukkan sokongan kepada pelumba tempatan itu.
Ketua Pegawai SIC, Datuk Razlan Razali turut mengajak peminat sukan bermotor di Malaysia untuk turun ke Sepang bagi memberikan sokongan kepada Zulfahmi.
Mesej CEO SIC Datuk Razlan Razali menjelang Kejohanan Superbike Dunia di Sepang 13-15 Mei. @501Awani #SupportFahmi63 pic.twitter.com/IqMpT3Y9Ij
— ian johan ariff (@ianjohanariff) March 22, 2016
SBK pusingan keenam di Malaysia dilancarkan Razlan bersama Pengarah Kanan Pemasaran Antarabangsa Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof di Kuala Lumpur pada Selasa.
Topic Berkaitan
#SBK
#superbike
#Zulfahmi Khairuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan