awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejam kalau Liverpool tidak ditabalkan juara - Lloris

Astro Arena
Astro Arena
04/05/2020
04:38 MYT
Kejam kalau Liverpool tidak ditabalkan juara - Lloris
Lloris percaya adalah kejam seandainya Liverpool dinafikan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana wabak novel koronavirus (COVID-19). - Gambar fail
PENJAGA gol Tottenham, Hugo Lloris, percaya adalah kejam seandainya Liverpool dinafikan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana wabak novel koronavirus (COVID-19).
Pasukan asuhan Jurgen Klopp itu menguasai puncak saingan dengan kelebihan 25 mata sebelum musim ini ditangguhkan sejak Mac lalu ekoran krisis pandemik berkenaan.
Masih belum dapat dilihat bila atau apakah saingan tempatan itu akan bersambung, dengan laporan baru-baru ini membayangkan ia boleh diteruskan bulan depan.
Lloris, yang menyaksikan Spurs menduduki tangga kelapan, mahu musim ini dilengkapkan sambil mengatakan ia mungkin sangat kejam bagi Liverpool.
"Kami dalam situasi yang menyaksikan semua orang ingin melengkapkan dan meraih keputusan di atas padang," katanya kepada L'Equipe.
"Ia akan menjadi kejadian yang sangat teruk sekiranya EPL ditamatkan dengan baki sembilan perlawanan.
"Ia juga kejam buat Liverpool atas kelebihan mata yang mereka miliki. Mereka menghampiri kejuaraan. Seperti semua orang, akan timbul perasaan bahawa ada urusan yang masih tergantung. Di samping itu, kami sepatutnya sedang memasuki detik paling menggembirakan musim ini."
"You have to really respect what the staff are doing, putting a lot of time and effort into these sessions for us." An insight into how our goalkeepers have been training at home.#THFC #COYS
— Tottenham Hotspur (at ) (@SpursOfficial) May 3, 2020
Sekiranya musim ini bersambung semula, perlawanan hampir pasti diadakan tanpa kehadiran peminat akibat koronavirus yang telah meragut lebih 248,000 nyawa di seluruh dunia.
Ketua pasukan Perancis itu mengakui tidak biasa beraksi di gelanggang tertutup, namun akur kedudukan kewangan liga dan kelab perlu dipertimbangkan.
"Ia akan menjadi janggal tanpa mengira di mana pun ia dilangsung. Bola sepak bukanlah sukan tertutup," katanya.
"Tanpa penonton, perasaannya tidak sama. Ini bukanlah yang saya mahu melihat dalam bola sepak. Kami di sini untuk berkumpul, berkongsi emosi.
"Kita semua mahukan stadium yang padat dengan suasana, sorakan peminat, warna-warni dan nyanyian. Namun, kami perlu mengambil kira situasinya."
Topic Berkaitan
#bola sepak
#COVID-19
#EPL
#Hugo Lloris
#jurgen klopp
#koronavirus
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan