awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan AFC: Malaysia B-15 jaring 21 gol tanpa bolos dalam 3 perlawanan

Astro Arena
Astro Arena
20/09/2015
10:49 MYT
Kejohanan AFC: Malaysia B-15 jaring 21 gol tanpa bolos dalam 3 perlawanan
Malaysia memulakan kempen 14 September lalu dengan kemenangan besar menundukkan Northern Mariana 13-0 sebelum menewaskan Timor Leste 1-0 2 hari kemudian. - Foto FAM
Malaysia B-15 bakal turun berdepan wakil tuan rumah Laos malam ini di Stadium Nasional Laos bagi menempah slot pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 Bawah 16 Tahun.
Malaysia hanya memerlukan satu mata dari perlawanan malam ini untuk layak.
Bagaimanapun, Laos tetap bukan lawan mudah terutama bakal beraksi di laman sendiri.
Malaysia memulakan kempen 14 September lalu dengan kemenangan besar menundukkan Northern Mariana 13-0 sebelum menewaskan Timor Leste 1-0 2 hari kemudian.
Ketika aksi ketiga kumpulan G, skuad kendalian P. Somasundram membelasah Filipina 7-0.
Penjaring terbanyak skuad negara setakat ini hadir menerusi Muhammad Izreen B. Izwandy dengan 5 gol.
Lebih membanggakan, skuad negara melalui tiga perlawanan setakat ini tanpa sebarang gol bolos.
Pusingan akhir kejohanan berkenaan akan berlangsung di India, tahun depan.
Topic Berkaitan
#afc
#bola sepak
#Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia
#laos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan