awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Dunia BWF: Juara dua kali Victor Axelsen tarik diri

Astro Arena
Astro Arena
08/08/2025
03:20 MYT
Kejohanan Dunia BWF: Juara dua kali Victor Axelsen tarik diri
AXELSEN: Malangnya, saya tidak dapat bersedia untuk bersaing dengan selamat dalam Kejohanan Dunia yang akan tiba ini. - Foto stadiumastro
JUARA dunia dua kali, Viktor Axelsen, sah tidak akan beraksi dalam Kejohanan Dunia BWF di Paris hujung bulan ini.
Perkara itu diumumkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam satu kiriman media sosial malam tadi.
"Selepas konsultasi yang teliti dengan pasukan perubatan, saya dinasihatkan untuk meluangkan lebih masa bagi proses pemulihan saya," kata Axelsen dalam kenyataan itu.
"Dengan itu, malangnya saya tidak dapat bersedia untuk bersaing dengan selamat dalam Kejohanan Dunia yang akan tiba ini.
"Saya amat bermotivasi untuk mendorong diri dalam proses pemulihan dan meletakkan satu sasaran baru untuk bangkit dengan lebih kuat."
Sebagai rekod, Axelsen menjuarai Kejohanan Dunia pada 2017 dan 2022.
Dia menjalani pembedahan selepas tersingkir dalam pusingan pertama Kejohanan Seluruh England pada Mac lalu.
Topic Berkaitan
#badminton
#Kejohanan Dunia BWF
#Victor Axelsen
#Pembedahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan