awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan SEA: Atlet karate gondol lima pingat emas

Bernama
Bernama
27/03/2022
09:12 MYT
Kejohanan SEA: Atlet karate gondol lima pingat emas
Skuad karate kebangsaan mengondol lima pingat emas, tiga perak dan empat gangsa di Kejohanan Asia Tenggara, yang menutup tirainya hari ini. - Gambar fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Skuad karate kebangsaan yang kini dalam persediaan menghadapi Sukan SEA Hanoi, mengondol lima pingat emas, tiga perak dan empat gangsa di Kejohanan Asia Tenggara, yang menutup tirainya hari ini.
Pada hari terakhir kejohanan berlangsung di Royal Universiy Phnom Penh, Kemboja, pasukan Malaysia menambah pingat emas menerusi pasukan Kumite lelaki dengan mengalahkan Vietnam 3-1 pada perlawanan akhir.
Pasukan terdiri daripada R. Sharmendran; S. Prem Kumar; H. Sureeya Sankar; G. Kathish; Muhammad Arif Afifuddin; V. Kueggen; dan S. Geerijaieswaran.
Empat emas Malaysia yang lain juga disumbangkan menerusi acara Kumite.
Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Prem Kumar, menang kategori lelaki 55 kilogram (kg) ke bawah selepas mengalahkan atlet Vietnam Trav Van Vu, 9-1, manakala C. Shahmalarani menjuarai kategori wanita bawah 50kg, dengan mengalahkan seorang lagi atlet Vietnam dinh Thi Huong, 5-4.
Dalam acara akhir lelaki bawah 60kg, Kueggen ternyata bukan lawan atlet tuan rumah Ly Kouy Hav dengan menang 12-3, manakala Sureeya Sankar menewaskan Dang Hong Son dari Vietnam 12-4 dalam acara lelaki bawah 67kg.
Pingat perak disumbangkan M. Mathivani (wanita bawah 61kg), A. Denishroy (lelaki atas 84kg) dan Kathish (lelaki bawah 84kg), manakala gangsa dimenangi Amirah Syahirah Azlan (wanita bawah 68kg) dan Muhammad Arif (lelaki bawah 75kg).
Pasukan Kata pula membawa pulang pingat gangsa daripada Muhamad Aiqal Asmadie (individu lelaki) dam Lovelly Anne Robert (individu wanita).
Malaysia, diwakili 17 atlet menamatkan kejohanan itu di tempat ketiga di belakang pendahulu Vietnam (5 emas, 3 perak, 6 gangsa), dan Indonesia (5-3-6), manakala tuan rumah Kemboja keempat (1-1-5), diikuti Thailand (0-3-6), Filipina (0-1-2) dan Laos (0-0-2). Singapore dan Brunei, gagal membawa pulang sebarang pingat.
Pada Sukan SEA Filipina 2019, Malaysia menjadi juara keseluruhan dengan memenangi empat emas dan empat perak daripada 13 acara dipertandingkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#karate
#kejohanan SEA
#Kejohanan Asia Tenggara
#SEAKF
#Royal Universiy Phnom Penh
#Kemboja
#Sukan SEA Hanoi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan