awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejohanan Wimbledon: Djokovic didenda gara-gara hempas raket ketika tewas aksi final

Astro Arena
Astro Arena
18/07/2023
03:46 MYT
Kejohanan Wimbledon: Djokovic didenda gara-gara hempas raket ketika tewas aksi final
Djokovic melakukan tindakan itu sebagai menunjukkan kekecewaannya ketika gagal mengatasi Alcaraz dan kehilangan mata sewaktu servis di tangannya. - Foto REUTERS
NOVAK Djokovic didenda sebanyak AS$8,000 (RM36,280) gara-gara menghempas raketnya ke tiang jaring sewaktu perlawanan final Kejohanan Tenis Wimbledon minggu lalu.
Kelab Lawn Tenis All England mengesahkan bahawa pemain berusia 36 tahun itu dikenakan denda berkenaan gara-gara kelakuannya ketika tewas kepada pemain Sepanyol, Carlos Alcaraz.
Djokovic melakukan tindakan itu sebagai menunjukkan kekecewaannya ketika gagal mengatasi Alcaraz dan kehilangan mata sewaktu servis di tangannya dalam set kelima perlawanan penting di Centre Court berkenaan.
Pengadil, Fergus Murphy, segera memberikan amaran kepada jaguh Serbia itu kerana tindakan keganasan berkenaan.
Kekecewaan Djokovic yang memuncak itu kemudian dimanfaatkan lawan berusia 20 tahun, Alcaraz, untuk mengesahkan kemenangan 1-6, 7-6, 6-1, 3-6, 6-4 selepas bertarung selama empat jam dan 42 minit. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Novak Djokovic
#tenis Wimbledon
#didenda
#hempas raket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan