awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kekalahan Olimpik Tokyo titik perubahan buat raja pecut Paris Lyles

Bernama
Bernama
05/08/2024
01:30 MYT
Kekalahan Olimpik Tokyo titik perubahan buat raja pecut Paris Lyles
Pingat emas itu menjadikan Lyles sebagai pelari AS pertama, lelaki atau wanita yang memenangi acara berkenaan sejak kejayaan Justin Gatlin pada 2004. - Foto AP
PARIS: Selepas memenangi pingat emas acara 100 meter (m) lelaki di Sukan Olimpik Paris pada Ahad, pelari pecut Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles berkongsi pandangan mengenai bagaimana prestasi mengecewakannya di Tokyo 2020 telah menjadi motivasi kepadanya, lapor Agensi Berita Xinhua.
Lyles yang mencatatkan kejayaan gemilang dengan kemenangan treble dalam acara 100m, 200m dan 4x100m di Kejohanan Dunia 2023 berdepan penurunan prestasi tiga tahun lepas apabila dia hanya menduduki tempat ketiga dalam acara 200m lelaki di Tokyo.
"Dari saat itu, saya bertekad untuk tidak mengulangi pengalaman itu. Saya komited untuk melakukan sesuatu dengan betul dan berlatih bersungguh-sungguh sepanjang tahun. Semua ini telah membawa kepada perkara ini. Anda hanya memerlukan satu kemenangan, dan selagi ia adalah yang terakhir, itu sahaja yang penting," katanya.
Pingat emas itu menjadikan Lyles sebagai pelari AS pertama, lelaki atau wanita yang memenangi acara berkenaan sejak kejayaan Justin Gatlin pada 2004.
Kishane Thompson dari Jamaica, yang kelihatan sedikit mendahului Lyles di pertengahan perlumbaan, hanya ketinggalan 0.005 saat untuk merangkul pingat perak.
"Umpama roller-coaster, ada naik dan turun. Saya biasanya akan bermula dengan cemerlang dalam semua pusingan, terutamanya dalam acara 200m. Tetapi ini adalah kali pertama saya bertanding dalam acara 100m di peringkat Olimpik," kata Lyles.
Sementara itu, Thompson meluahkan perasaan bercampur-baurnya dengan berkata: "Saya sangat bersyukur kerana dapat menamatkan perlumbaan tanpa sebarang kecederaan. Mengingatkan masalah kecederaan saya sebelum ini, saya agak kecewa tetapi juga gembira. Saya akan menerimanya sebagaimana adanya dan bergerak ke hadapan dari sini." - BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Noah Lyles
#prestasi
#pelari pecut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan