awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelab China tawar RM602 juta untuk Wayne Rooney

Astro Arena
Astro Arena
19/02/2016
04:03 MYT
Kelab China tawar RM602 juta untuk Wayne Rooney
Rooney sedang menikmati kebangkitan baru-baru ini dengan meledak 7 gol dalam 9 perlawanan untuk United namun terpaksa diketepikan untuk 6 minggu ekoran kecederaan lutut. - Gambar Astro ARENA
Manchester United sedang mempertimbangkan untuk menjual kapten pasukan Wayne Rooney pada penghujung musim selepas menerima bidaan lumayan dari sebuah pasukan Liga Super China.
Difahamkan, United ditawarkan GBP 100j (RM602 juta) dengan Rooney ditawarkan kontrak GBP 500 ribu (RM3 juta) seminggu.
Namun, Timbalan Pengerusi United Ed Woodward terlebih dahulu perlu memerah otak untuk mencari pengganti sehebat pemain berusia 30 tahun itu.
Sejak Woodward menggantikan David Gill pada tahun 2013 dia masih buntu membawa masuk pemain ternama antaranya Gareth Bale, Cristiano Ronaldo dan Neymar.
Minggu lepas, Woodward akui penglibatan kelab Liga Super China dalam pembelian pemain mampu bantu sesebuah pasukan terutama dalam aspek kewangan.
Sementara itu, Jose Mourinho dikhabarkan mahu membawa masuk Zlatan Ibrahimovic (PSG) dan Mauro Icardi (Inter Milan) sebaik dia dilantik pengendali baru kelab itu.
Rooney sedang menikmati kebangkitan baru-baru ini dengan meledak 7 gol dalam 9 perlawanan untuk United namun terpaksa diketepikan untuk 6 minggu ekoran kecederaan lutut.
Ramai pemain ternama telah berhijrah ke China dengan Ezequiel Lavezzi terbaru menandatangani kontrak bersama Hebei Fortune.
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Ed Woodward
#Gareth Bale
#Manchester United sedang mempertimbangkan untuk menjual kapten pasukan Wayne Rooney pada penghujung musim selepas menerima bidaan lumayan dari sebuah pasukan Liga Super China
#Neymar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan