awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan Deaf berdepan kekangan dana sertai SOPMA 2025 di Sarawak

Bernama
Bernama
17/09/2025
20:15 MYT
Kelantan Deaf berdepan kekangan dana sertai SOPMA 2025 di Sarawak
Saiful Helmie berkata, kelewatan mendapatkan dana berpunca daripada kurang keyakinan pihak tertentu terhadap kemampuan atlet pekak selain ketiadaan sokongan padu daripada agensi kerajaan negeri. - Gambar Facebook Kelantan Deaf Sports Association
KOTA BHARU: Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (Kelantan Deaf) meluahkan kekecewaan apabila kontinjen mereka masih berdepan kekangan dana untuk menyertai Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2025 di Kuching, Sarawak dari 1 hingga 7 Okt depan.
Presidennya, Saiful Helmie Dzamani berkata, setakat ini kontinjen berkenaan hanya berjaya mengumpul kira-kira RM34,000, jauh lebih rendah daripada RM60,000 yang diperlukan, terutama bagi menampung kos penerbangan yang semakin meningkat.
"Jika sehingga Sabtu ini tiada dana tambahan diperoleh, dengan amat berat hati kami mungkin terpaksa menarik diri daripada SOPMA. Lebih menyedihkan, ada kemungkinan atlet kami berhijrah menyertai negeri lain yang lebih memberi sokongan," katanya pada sidang media di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, kelewatan mendapatkan dana berpunca daripada kurang keyakinan pihak tertentu terhadap kemampuan atlet pekak selain ketiadaan sokongan padu daripada agensi kerajaan negeri termasuk Jabatan Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan.
"Kontinjen lain diberi kelengkapan lengkap seperti pakaian, peralatan, penginapan dan pengangkutan, tetapi atlet pekak seolah-olah dipinggirkan. Ia menimbulkan rasa diskriminasi sedangkan mereka juga berjuang demi bendera Kelantan," katanya.
Saiful Helmie berkata, biarpun berdepan pelbagai kekangan, atlet pekak Kelantan pernah mencatat kejayaan di peringkat kebangsaan termasuk menjuarai acara futsal lelaki pada Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia di Selangor, tempat ketiga kategori beregu dan berpasukan lelaki dalam Kejohanan Tenpin Boling di Kuala Lumpur serta naib juara beregu lelaki dan tempat ketiga perseorangan lelaki pada Kejohanan Badminton di Perlis.
"Kejayaan ini membuktikan atlet pekak Kelantan mampu bersaing, namun kekangan dana yang sangat terhad amat membimbangkan dan menyedihkan jika kami terpaksa menarik diri," katanya.
Sehubungan itu, beliau merayu kerajaan negeri, wakil rakyat dan pihak swasta tampil membantu memastikan barisan atlet Kelantan dapat beraksi di Kuching, sekali gus mengharumkan nama negeri.
"Saya berharap isu kebajikan atlet pekak dapat diketengahkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, selain dipertimbangkan pindaan akta pembangunan sukan OKU pekak bagi menjamin hak serta kebajikan mereka setaraf atlet kontinjen SUKMA dan Para SUKMA," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SUKMA
#SOPMA
#Kelantan Deaf
#kos penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan