awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan pesta gol benam JDT

Astro Arena
Astro Arena
16/08/2015
00:06 MYT
Kelantan pesta gol benam JDT
The Red Warriors bangkit di Stadium Sultan Muhammad IV menewaskan Johor Darul Takzim 4-1 malam tadi.
Selepas tewas kepada Pahang minggu lalu, The Red Warriors bangkit di Stadium Sultan Muhammad IV menewaskan Johor Darul Takzim 4-1 malam tadi.
Jaringan gol pertama perlawanan berjaya dicetak pada minit ke-4 perlawanan oleh pemain import Kelantan, Gilmar Filho selepas berjaya menampan masuk hantaran silang Nor Farhan Muhammad.
Kelantan menggandakan minit ke-13 melalui sepakan penalti yang disudahkan oleh Badhri Radzi selepas pemain dari Nigeria Iwuji Amutu telah dijatuhkan oleh pertahanan Johor DT Marcos Antonio.
Namun, keputusan pengadil untuk memberikan sepakan penalti kepada Kelantan telah mencetuskan kekecohan di antara barisan pemain dengan pengadil perlawanan.
JDT berusaha untuk mendapatkan gol, usaha mereka membuahkan hasil menerusi rembatan pertahanan Mahali Jasuli pada minit ke-50 menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.
Selang seminit kemudian, giliran Norfarhan pula menjaringkan gol ketiga buat Kelantan akibat kesilapan pada barisan pertahanan skuad Harimau Selatan.
Norfarhan sekali lagi berjaya mencari penyerang Gilmar Filho untuk menjaringkan gol keempat buat skuad kendalian Zahasmi Ismail.
Jaringan 4-1 kekal sehingga wisel penamat sekali gus mencetak kekalahan pertama skuad JDT di bawah kendalian Mario Gomez.
Topic Berkaitan
#Gilmar Filho
#Kelantan
#Nor Farhan Muhammad
#Pahang
#Red Warriors
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan