awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Euro 2024: Kylian Mbappe ada kemahiran berkomunikasi

Astro Arena
Astro Arena
21/03/2023
03:44 MYT
Kelayakan Euro 2024: Kylian Mbappe ada kemahiran berkomunikasi
Mbappe menjadi pilihan sementara sebagai ketua pasukan Perancis bagi menggantikan Hugo Lloris yang bersara di peringkat antarabangsa. - Stadium Astro
KYLIAN Mbappe mempunyai kualiti berkomunikasi untuk bertindak sebagai kapten Perancis, malah Didier Deschamps enggan mengambil kira prestasinya kebelakangan ini.
Ketua jurulatih Les Bleus itu baru-baru ini masih buntu untuk menamakan ketua pasukan tetap dan bintang Paris Saint-Germain (PSG) tersebut menjadi pilihan sementara bagi menggantikan Hugo Lloris yang bersara di peringkat antarabangsa.
Bercakap kepada Telefoot minggu lalu, Lloris berkata: "Ada seorang pemain yang semakin berkuasa dalam setiap aspek di dalam dan di luar padang, malah dalam fungsi bilik persalinan -- iaitu Kylian Mbappe."
Perancis bakal berdepan Belanda dalam kelayakan Euro 2024 Sabtu ini dan Deschamps berdepan soalan bertubi-tubi mengenai identiti ketua pasukan kebangsaan dalam sidang akhbarnya malam tadi. .
"Saya akan menggunakan beberapa hari pertama ini kumpulan untuk membincangkannya dengan pemain terbabit secara berkumpul," katanya selepas menawarkan jawapan yang sama minggu lalu.
"Jelas sekali, Kylian adalah salah seorang pemain itu.
"Jadi, anda akan tahu lebih banyak lagi apabila saya bertemu anda selepas ini. Dalam erti kata lain, sehari sebelum perlawanan.
"Saya fikir jika dia (Mbappe) mempunyai satu kualiti sebagai tambahan kepada segala kualitinya lain yang milikinya, ia disebabkan dia seorang yang cukup bagus, sangat bagus dalam komunikasi.
"Jadi, saya tidak fikir itu adalah masalah dalam aspek berkenaan. Apapun baiklah, saya tidak boleh memberitahu anda lebih banyak lagi kerana hari ini saya belum memuktamadkan keputusannya." -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Kylian Mbappe
#Euro 2024
#ketua pasukan Perancis
#Didier Deschamps
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan