KUALA LUMPUR: Seramai 27 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 20 Tahun (B-20) kebangsaan, Brad Maloney untuk menyertai kem latihan pusat Fasa 1 secara kuarantin selama sembilan hari di Petaling Jaya, bermula 30 Ogos hingga 7 Sept ini.
Menerusi kenyataan dalam laman sesawang rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ia merupakan persiapan awal pasukan itu menjelang saingan Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia B-23 2022 dari 27 hingga 31 Okt ini berdepan Laos, Mongolia dan Thailand di Ulaanbaatar, Mongolia.
Antara pemain yang dipanggil adalah dari Selangor FC II iaitu Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil, Muhammad Azrin Afiq Rusmini, Muhammad Izzul Adham Suhaimi, Muhammad Faiz Amer Runnizar, Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim, Muhammad Khairi Suffian Khaineyusri, Saravanan Thirumurugan, Saiful Iskandar Adha Saiful Azlan dan Muhammad Iqmal Ramlan.
Pemain Terengganu FC II juga turut dipanggil iaitu Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin, Muhammad Hairiey Hakim Mamat, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar, Muhammad Syafik Ismail dan Muhammad Muslihuddin 'Atiq Mat Zaid.
Maloney turut memanggil pemain pasukan JDT II, Muhammad Firdaus Ramli, Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri, Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan, Muhammad Firdaus Muhamad Kaironnisam Sahabudin dan Muhammad Shafi Azswad Sapari.
"Nama lain turut dipanggil iaitu Mohamad Nabil Asyraf Ramli, Muhammad Amirul Akmal Safarinizam, Azhad Harraz Arman, Muhammad Hazwan Hassan daripada Skuad Projek FAM-MSN selain Mohd Aiman Afif Md Afizul daripada Kedah Darul Aman FC.
"Selain itu, dua nama lain ialah Adam Roshan Kris Azman yang bermain buat pasukan Brook House FC dan Mohamed Amir Mohamed Faruk bermain dengan Chipstead FC masing-masing berpangkalan di England," menurut kenyataan itu,
Sementara itu, FAM pada masa sama memaklumkan pemain lain beraksi dalam Liga Super 2021 akan dipanggil menyertai pasukan pada kem latihan pusat Fasa 2 dijadual bermula pada 19 Sept iaitu sehari selepas berakhirnya saingan liga itu bersama beberapa lagi pemain dari luar negara seperti Luqman Hakim Shamsudin dan Wan Kuzri Wan Kamal.
Skuad kendalian Maloney bakal memulakan saingan di Ulaanbaatar bertemu Laos pada 27 Okt diikuti aksi menentang tuan rumah, Mongolia pada 29 Okt dan perlawanan terakhir berdepan Thailand pada 31 Okt bagi merebut tempat ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan pada Jun 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 25 2021
Seramai 27 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 20 Tahun (B-20) kebangsaan, Brad Maloney untuk menyertai kem latihan pusat Fasa 1 secara kuarantin. -Gambar fail
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.