Malaysia meraih bekalan selesa menjelang aksi timbal balik apabila menewaskan Timor Leste 3-0 pada perlawanan play-off pertama kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini malam ini.
Kemenangan itu adalah yang pertama bagi skuad Harimau Malaysia tahun ini selepas mencatat dua keputusan seri berdepan Macau dan Myanmar dalam aksi persahabatan, masing-masing pada Mac dan Mei lepas.
Pada aksi malam ini, pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu ternyata menguasai permainan sebaik perlawanan bermula.
Skuad Harimau Malaysia memperoleh gol pertama menerusi penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-16, yang bijak menyempurnakan hantaran Muhammad Fazly Mazlan.
Lima minit kemudian, Ahmad Hazwan sekali lagi menjadi 'duri dalam daging' kepada pasukan Timor Leste apabila menjaringkan gol kedua Malaysia selepas menerima lorongan daripada Mohd Azrif Nasrulhaq.
Biarpun ketinggalan, pasukan pelawat yang rata-rata terdiri daripada pemain muda tidak berputus asa dan cuba membolosi gawang skuad negara.
Bagaimanapun, kekentalan benteng pertahanan pasukan tuan rumah berjaya mengekang asakan skuad kendalian Fabio Maciel itu untuk kedudukan 2-0 berpihak kepada skuad Harimau Malaysia pada separuh masa pertama.
Pasukan pelawat hampir membolosi gawang Malaysia pada minit ke-64, namun sepakan percuma pemain pertahanan Diogo Santos Rangel berjaya diselamatkan penjaga gol Malaysia, Mohd Izham Tarmizi.
Pemain berpengalaman, Mohd Amri Yahyah yang baru seminit dimasukkan menggantikan Brendan Gan, tidak menunggu lama untuk mencatat nama sebagai penjaring apabila menyumbat masuk gol ketiga Malaysia pada minit ke-85 selepas menerima hantaran Ahmad Hazwan.
Malaysia akan bertemu Timor Leste pada aksi timbal balik di stadium yang sama Isnin depan, untuk mengesahkan tempat ke pusingan kelayakan peringkat kumpulan Piala Asia 2019.
Bernama
Thu Jun 02 2016
Pemain Malaysia Mohd Amri Yahya melakukan rembatan sambil dihalang dua pertahanan Timor Leste pada perlawanan kalah mati pertama kelayakan Piala Asia 2019. Malaysia menewaskan Timor Leste 3-0. -fotoBERNAMA
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
Harimau Malaya perlu waspada kemampuan Ali - Cheng Hoe
Ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, mengakui penyerang Emiriah Arab Bersatu (UAE), Ali Ahmed Mabkhout Mohsen Omaran Alhajeri sebagai ancaman utama kepada Harimau Malaya.