awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB manifestasi keadilan, bukan kemenangan politik - ABIM
Krisis politik Perlis: Tiada arahan SD, Bersatu hanya serah nama setelah dititah istana - Muhyiddin
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Malaya perlu waspada kemampuan Ali - Cheng Hoe

Astro Arena
Astro Arena
10/09/2019
11:10 MYT
Harimau Malaya perlu waspada kemampuan Ali - Cheng Hoe
Selain Omar selaku perancang tengah, kelibat Ali (gambar) juga menghadirkan gerun kepada lawan selepas penyerang itu muncul penjaring terbanyak UAE dalam Piala Asia 2019. - Foto fail/Twitter @2010MisterChip
KETUA jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, mengakui penyerang Emiriah Arab Bersatu (UAE), Ali Ahmed Mabkhout Mohsen Omaran Alhajeri sebagai ancaman utama kepada pasukannya di sebalik tumpuan diberikan kepada perancang tengah, Omar Abdulrahman Ahmed Al Raaki Al Amoodi, untuk pertemuan kedua-dua pasukan, malam ini.
Pertemuan menentang UAE merupakan ujian paling getir buat anak buah Cheng Hoe untuk pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Apa tidaknya, mereka berdepan sebuah pasukan yang mempunyai kekuatan jitu dalam pelbagai aspek menerusi barisan pemain berkualiti dalam setiap posisi.
Selain Omar selaku perancang tengah, kelibat Ali juga menghadirkan gerun kepada lawan selepas penyerang itu muncul penjaring terbanyak UAE dalam Piala Asia 2019.
"Ali merupakan seorang penyerang yang berbisa dan penjaring terbanyak dalam saingan Piala Asia. Jadi kami perlu lebih fokus terutama mengelak daripada hilang kawalan bola dalam perlawanan malam ini," kata Cheng Hoe.
Bagaimanapun, tiada alasan buat skuad negara untuk tidak menghadirkan tentangan sengit kepada UAE selepas mereka berupaya menyaingi Jordan dalam aksi persahabatan antarabangsa di Bukit Jalil, 30 Ogos lalu.
"Berdepan Jordan merupakan penanda aras buat skuad negara. Jika Malaysia mampu mengekalkan tumpuan, tidak mustahil keputusan positif dapat diraih."
Topic Berkaitan
#Ali Ahmed Mabkhout Mohsen Omaran Alhajeri
#Bukit Jalil
#Emiriah Arab Bersatu
#kelayak piala dunia
#kelayakan piala Asia
#Piala Dunia
#Tan Cheng Hoe
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan