BUENOS AIRES: Jurulatih Argentina Lionel Scaloni pada Rabu berkata beliau masih belum pasti sama ada kapten Lionel Messi akan diturunkan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia pasukan itu menentang Paraguay.
Pemain berusia 36 tahun itu telah bergelut dengan kecederaan otot yang tidak dinyatakan dan terlepas empat perlawanan berturut-turut untuk Inter Miami sebelum bermain selama 35 minit dalam kekalahan 1-0 pasukan itu kepada Cincinnati pada Ahad.
"Beliau kelihatan baik tetapi saya akan bercakap dengannya sebelum memutuskan sama ada beliau bermain dari awal atau tidak," kata Scaloni kepada pemberita menjelang aksi pada Khamis di Estadio Monumental di Buenos Aires, kata Xinhua.
"Beliau kelihatan baik semasa latihan tetapi kami perlu melihat bagaimana perasaannya. Kemudian kami perlu mempertimbangkan bahawa ada satu lagi perlawanan (menentang Peru) dalam empat hari. Kami tidak akan membuat sebarang keputusan terburu-buru kerana kami tahu bahawa sesiapa sahaja yang datang ke dalam pasukan untuk menggantikannya, jika itu berlaku, akan melakukan kerja yang baik."
Scaloni ditanya tentang kesukaran memilih antara penyerang Manchester City Julian Alvarez dan penyerang Inter Milan Lautaro Martinez untuk peranan No. 9.
Dan agak mengejutkan, jurulatih itu membangkitkan prospek untuk menggandingkan kedua-dua pemain sebagai kesebelasan utama dalam aksi menentang Paraguay.
"Saya terbuka kepada banyak perkara. Ia bergantung kepada perlawanan dan apa yang kami percaya adalah yang terbaik untuk pasukan," kata Scaloni.
"Kedua-dua pemain itu adalah pemain nombor sembilan (penyerang) tetapi mereka juga pemain yang berbeza dan boleh bermain bersama."
Argentina memulakan kempen kelayakan Piala Dunia dengan kemenangan ke atas Ecuador dan Bolivia bulan lalu.
Penyandang juara dunia itu kini menduduki tempat kedua dalam kumpulan 10 pasukan Amerika Selatan, mengekori Brazil menerusi perbezaan jaringan gol.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Thu Oct 12 2023
Messi telah bergelut dengan kecederaan otot yang tidak dinyatakan dan terlepas empat perlawanan berturut-turut untuk Inter Miami. - Gambar/ AP
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Kelayakan Piala Dunia: Roberto Mancini, Arab Saudi berpisah
Mancini bergelut untuk memberikan impak sepanjang peranannya sebagai ketua jurulatih apabila hanya memenangi tujuh daripada 18 perlawanan.
Indonesia jadi mangsa gol ala Puskas Mohammed Marhoon
Jaringan yang diambil daripada sepakan percuma itu mencuri tumpuan ramai selepas manerjah tiang gol sebelum masuk ke gawang skuad Garuda.
Messi kembali sertai skuad Argentina untuk kelayakan Piala Dunia
Lionel Messi kembali menyertai skuad Argentina bagi kelayakan Piala Dunia FIFA menentang Venezuela dan Bolivia.
Prestasi skuad Indonesia: Ada apa sebenarnya dengan sentuhan magis Shin Tae Yong?
Ramai yang kini membuka mata dan gembira dengan prestasi memukau yang ditampilkan oleh skuad bola sepak Indonesia kebelakangan ini.
Ranking Harimau Malaya jatuh ke-138 dunia
Skuad negara jatuh enam anak tangga daripada kedudukan ke-132 dunia kepada 138 dunia.
Komisioner Perlawanan FIFA tak benarkan berlatih di SNBJ - Hannah
Keputusan itu dibuat mengambil kira keadaan cuaca yang sering hujan di waktu petang dan malam sejak kebelakangan ini.
Malaysia-Oman: Pan Gon tuntut janji padang dalam keadaan terbaik
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon menuntut janji yang diberikan bahawa kualiti padang akan berada dalam keadaan terbaik.
Kelayakan Piala Dunia: Jurulatih Oman nak tengok dulu keadaan padang
Oman tidak melatah di sebalik desas-desus mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi perlawanan Selasa ini.
FIFA batal perlawanan kelayakan Piala Dunia Korea Utara, Jepun
FIFA berkata bahawa perlawanan kelayakan Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang tidak akan diadakan.
Kelayakan Piala Dunia: 'Sergio Ramos China' bersara akibat terlalu kecewa
Ketua pasukan China, Zhang Linpeng sukar menerima hakikat kegagalan pasukan kebangsaannya membenam Singapura kelmarin.