PENYOKONG Harimau Malaya dapat menyaksikan aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di antara Chinese Taipei dan Malaysia malam ini menerusi tayangan skrin besar di beberapa venue terpilih.

Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) bakal menyediakan tayangan skrin besar di tujuh lokasi untuk penyokong Harimau Malaya.

Berikut adalah senarai lokasi tayangan:

1. Dataran Putrajaya, Persint 3
2. Uptown Puchong Night Bazar
3. Dataran Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak
4. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
5. Kompleks Medan Selera Pauh Jaya, Bukit Mertajam
6. Mydin Mall Tanjung, Kota Bharu
7. Rumah Panjang Sungai Buloh, Samarahan

- Stadium Astro