awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kem Badminton Astro: Peluang cungkil bakat anak muda di Sabah dan Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
01/06/2022
09:14 MYT
Kem Badminton Astro: Peluang cungkil bakat anak muda di Sabah dan Sarawak
Kem ini terbuka kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan dengan pemilihan akan dibuat di tiga kem lain di seluruh negara bermula 24 Jun hingga 31 Julai.
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun di Sabah dan Sarawak berpeluang menyertai Kem Badminton Astro dengan menjalani latihan bersama jurulatih profesional negara.
Kem tersebut akan dianjurkan pada 23-24 Julai di Olympia Badminton Arena Kota Kinabalu dan di Arena Sukan Simpang Tiga, Kuching pada 30-31 Julai 2022.
Kem ini terbuka kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan dengan pemilihan akan dibuat di tiga kem lain di seluruh negara bermula 24 Jun hingga 31 Julai.
Tiga kem lain termasuk di Daiman Sports Complex, Johor Bahru, Johor pada 25-25 Jun, Relau Sport Complex, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 2-3 Julai dan Dewan Badminton Sunsuria, Petaling Jaya, Selangor pada 16-17 Julai.
Mereka yang terpilih akan menjalani latihan bersama jurulatih profesional itu di Kuala Lumpur.
Pendaftaran boleh dibuat dengan melayari laman web Astro di astro.com.my/rancangan/kem-badminton.
Kali terakhir Kem Badminton Astro dianjurkan pada 2019 dengan penyertaan lebih 2,673 peserta di Pulau Pinang, Kelantan, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.
Topic Berkaitan
#Kem Badminton Astro
#Sabah
#Sarawak
#jurulatih profesional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan