awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kem wushu bawa pulang tiga emas pada kejohanan Asia di Macau

Bernama
Bernama
15/09/2024
22:15 MYT
Kem wushu bawa pulang tiga emas pada kejohanan Asia di Macau
Presiden PWM Datuk Chong Kim Fatt menyifatkan prestasi memberangsangkan skuad wushu sebagai hadiah buat negara sempena sambutan Hari Malaysia. - Facebook Wushu Federation of Malaysia
KUALA LUMPUR: Skuad wushu negara menutup kempen Kejohanan Wushu Asia ke-10 di Macau dengan cemerlang apabila membawa pulang tiga pingat emas, empat perak dan tiga gangsa pada kejohanan yang berlangsung sejak Khamis lepas sehingga semalam.
Mengikut laman http://wsresult.justtool.com/ResultsInfo, pingat emas pertama negara muncul menerusi atlet wushu lelaki negara Bryan Ti Kai Jie dalam acara nanquan lelaki dengan kutipan 9.696 mata di hadapan atlet Korea Selatan Yun Donghae (9.690) dan pencabar dari Vietnam (9.690).
Malaysia meneruskan rentak kecemerlangan menerusi Tan Cheong Min untuk pingat emas kedua negara dalam acara nandao wanita dengan kutipan mata 9.693 meninggalkan pencabar Uzbekistan Latisheva Darya (9.690) yang meraih pingat perak dan gangsa untuk atlet Iran Asadian Helia (9.676).
Acara duilian lelaki turut menyumbang satu emas menerusi Muhammad Danish Aizad, Si Shin Peng dan Bryan dengan kutipan mata 9.593 meninggalkan skuad Filipina (9.556) dan Hong Kong (9.536).
Sementara itu, Malaysia turut meraih pingat perak dalam acara nandao lelaki menerusi Bryan dengan 9.703 mata dan Muhammad Danish Aizad dalam acara changquan lelaki (9.710) selain Cheong Min turut menyumbang satu lagi perak dalam acara nangun wanita dengan 9.693 mata.
Pingat gangsa masing-masing diperolehi Si Shin Peng dalam acara Jianshu lelaki (9.693), Clement Ting Su Wei bagi acara gunshu lelaki (9.969) dan Wong Zhi Hong-Sydney CHIN Sy Xuan dalam acara taijiquan campuran (9.743).
Dalam pada itu, presiden Persatuan Wushu Malaysia (PWM) Datuk Chong Kim Fatt berkata prestasi memberangsangkan ditampilkan skuad wushu itu merupakan hadiah buat negara bersempena sambutan Hari Malaysia hari ini.
"Malaysia menduduki tempat kedua dalam carta pingat kategori Taolu. Kejayaan ini dicapai hasil kerjasama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) serta PWM," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wushu
#pingat emas
#Kejohanan Wushu Asia ke-10
#Macau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan