awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar UniSZA maut kereta dirempuh
United pecat Amorim, Darren Fletcher ambil alih sementara
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemaraan Ong Yew Sin-Teo Ee Yii mengejutkan - Boon Heong

Bernama
Bernama
09/12/2022
21:00 MYT
Kemaraan Ong Yew Sin-Teo Ee Yii mengejutkan - Boon Heong
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mara ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Bangkok, Thailand. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas pemain beregu badminton negara Tan Boon Heong menyifatkan kejayaan beregu profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mara ke peringkat separuh akhir Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Bangkok, Thailand sesuatu yang mengejutkan.
"Saya sendiri tak sangka mereka berdua boleh menang untuk melangkah ke separuh akhir. Sebab mereka tewas perlawanan pertama dengan Jepun dan saya lihat mereka tak bermain dengan berapa baik.
"Selepas itu, mereka bangkit dalam dua perlawanan seterusnya. Pastinya, saya sangat terkejut dengan prestasi mereka pada ketika ini. Saya harap mereka lebih bersemangat menjelang perlawanan separuh akhir dan lakukan terbaik," katanya ketika ditemui pada Jumaat.
Terdahulu Yew Sin-Ee Yi selaku pilihan ketiga kejohanan mencipta sensasi menewaskan pilihan utama Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia 10-21, 21-17, 21-19 dalam perlawanan selama 53 minit di Nimibutr Arena.
Kemaraan Yew Sin-Ee Yi diiringi beregu campuran profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang menundukkan beregu tuan rumah Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran, 21-17, 22-20, untuk layak ke separuh akhir yang akan berlangsung hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jelajah Dunia Akhir BWF
#Ong Yew Sin
#Teo Ee Yi
#Tan Boon Heong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan