awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kembar karate Terengganu tekad cipta kejayaan pada debut Sukan SEA

Bernama
Bernama
11/01/2025
21:00 MYT
Kembar karate Terengganu tekad cipta kejayaan pada debut Sukan SEA
Mirza Athirah Sahira (kiri) dan Mirza Amirah Syuhada (kanan) bergambar selepas sesi latihan di MSN baru-baru ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Adik-beradik kembar Mirza Athirah Sahira dan Mirza Amirah Syuhada Mohd Faizal bertekad untuk mencipta kejayaan buat negara ketika membuat penampilan sulung di Sukan SEA Thailand, hujung tahun ini.
Menariknya, pasangan kembar berusia 19 tahun berasal dari Kuala Terengganu itu mendapat tawaran ke skuad kebangsaan selepas hanya dua tahun mempelajari karate.
Mirza Athirah Sahira berkata mereka sebelum itu aktif dalam taekwondo sejak berumur lapan tahun sehingga sampai ke peringkat negeri ketika berusia 17 tahun.
Namun mereka membuat keputusan untuk bertukar ke karate atas pelawaan jurulatih Mohd Hatta Mahamut kerana taekwondo tidak dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ketika itu selepas dikeluarkan daripada sukan teras.
Transisi itu dilihat berbaloi kerana Mirza Athirah Sahira berasa dirinya kini lebih sebati dengan karate walaupun pada awalnya sedikit mencabar untuk membiasakan diri terutamanya perbezaan dari segi asas, peraturan dan teknik dalam sukan tempur yang baharu.
"Saya ambil dalam masa setahun juga, tetapi boleh tangkap selepas itu. Misi utama tahun ini adalah Sukan SEA, sekurang-kurangnya mahu bawa balik pingat, baru fikir untuk ke peringkat seterusnya," katanya kepada Bernama.
Skuad ke Sukan SEA yang dijadualkan 9-20 Dis ini di Bangkok, Chonburi dan Songkhla, dijangka dipilih pada pertengahan tahun selepas beberapa 'ujian' seperti Kejohanan Persekutuan Karate Asia Tenggara (SEAKF) dan Kejohanan Asia.
Sejak setahun menyertai skuad kebangsaan, Mirza Athirah Sahira telah meraih gangsa kategori 68 kilogram (kg) wanita di Kejohanan SEAKF (peringkat bawah 21 tahun) dan SUKMA Sarawak untuk Terengganu, manakala Mirza Athirah Sahira pula merangkul perak bagi kategori atas 68 kg wanita Kejohanan SEAKF (B-21) dan SUKMA Sarawak.
Sementara itu, tiga lagi adik-beradik mereka turut aktif dalam seni mempertahankan diri tersebut di pelbagai peringkat seperti SUKMA dan negeri.
Kakak mereka Mirza Aqilah Sofea, adik perempuan Mirza Amylin Shyla serta adik lelaki Mirza Airman Shah, kesemuanya bergiat dalam sukan itu namun hanya pasangan kembar berkenaan mendapat panggilan ke skuad kebangsaan setakat ini.
Menurut Mirza Athirah Sahira, yang bakal memulakan pengajian prauniversiti di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), mempunyai sokongan adik-beradik bersama dalam pasukan membantu meningkatkan semangatnya.
"Memang di asrama pun kami tinggal sebilik dan gaduh antara adik-beradik itu perkara biasa. Tetapi kami sentiasa menyokong antara satu sama lain ketika latihan serta kejohanan dan sentiasa memberikan semangat untuk terus meningkatkan prestasi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA Thailand
#karate
#Mirza Athirah Sahira
#Mirza Amirah Syuhada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan