Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyifatkan kejayaan menewaskan Tajikistan 1-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, malam tadi sebagai satu kemenangan bermotivasi.
Kejayaan ke atas pasukan di ranking ke-116 dunia itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, memberi momentum positif menjelang dua aksi geti Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berdepan Thailand dan Indonesia pada 14 dan 19 Nov ini.
Menurut Cheng Hoe, persembahan dipamerkan barisan pemain negara yang berkeyakinan tinggi menjadikan aksi itu antara perlawanan terbaik pasukan negara.
"Saya rasa ini satu kemenangan bermotivasi untuk pasukan. Tajikistan bukan calang-calang pasukan untuk ditewaskan. Keseluruhan pemain bermain dengan baik walaupun ada sesetengah pemain masih keletihan.
"Tetapi saya yakin pemain telah bermain dengan baik dan ini perlawanan terbaik pasukan setakat ini jika diambil kira intensiti permainan yang sangat tinggi," katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini, pada Sabtu.
BACA: Harimau Malaya tundukkan Tajikistan
Bagaimanapun, Cheng Hoe menggesa jentera serangan pasukan kebangsaan bangkit memperkemaskan sentuhan dalam perlawanan seterusnya.
Pada aksi malam tadi, penyerang Muhammad Safawi Rasid menjaringkan gol kemenangan negara pada minit ke-72 untuk menewaskan Tajikistan yang terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas penjaga gol Rustam Yatimov dilayangkan kad merah pada minit ke-46.
Malaysia kini mengumpul tiga mata dan menduduki tempat keempat dalam Kumpulan G, dibezakan empat mata dengan pendahulu Thailand yang berkongsi mata dengan Vietnam.
Kemenangan ke atas kedua-dua pasukan jiran itu bukan sahaja menghidupkan kembali peluang Harimau Malaya, malah mengubati kekecewaan penyokong rentetan dua kekalahan mudah dialami skuad kebangsaan dalam tiga aksi pertama sebelum ini.
Malaysia tewas 1-2 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum tumpas 0-1 di tangan Vietnam di Hanoi, bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 09 2019
Pemain Malaysia memberi penghormatan kepada para penyokong selepas berakhirnya perlawanan persahabatan antarabangsa Tier Satu menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. --fotoBERNAMA
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Kemenangan bermotivasi untuk skuad negara - Cheng Hoe
Menurut Cheng Hoe, persembahan dipamerkan barisan pemain negara yang berkeyakinan tinggi menjadikan aksi itu antara perlawanan terbaik pasukan negara.