awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemenangan ke atas Sabah, suntik semangat KDA FC

Bernama
Bernama
10/03/2021
03:18 MYT
Kemenangan ke atas Sabah, suntik semangat KDA FC
Aidil Sharin memuji barisan pemain Sabah walaupun turun tanpa empat pemain import mereka. - Facebook Kedah Darul Aman FC
ALOR SETAR: Pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC diingatkan agar terus fokus dan tidak memandang mudah keupayaan Penang FC apabila berkunjung ke gelanggang lawan di Stadium Bandaraya, Jumaat ini.
Ketua jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak berkata kemenangan 2-0 ke atas Sabah pada perlawanan Liga Super malam tadi menyuntik kembali semangat pemain selepas tunduk 0-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan Piala Sumbangsih Sabtu lepas.
"Selepas ini, sudah tentunya saya berharap pemain kembali fokus terutama pada perlawanan bertemu Pulau Pinang kerana ia bukanlah mudah, kita hendak menang, mereka juga mahukan kemenangan apabila bermain di tempat sendiri.
"Yang penting tiga mata diperolehi, sedikit sebanyak meningkatkan semula keyakinan pemain seterusnya memperbaiki kelemahan yang ada supaya dapat beraksi lebih baik nanti," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan menentang Sabah di Stadium Darul Aman di sini malam tadi.
Mengenai aksi menentang The Rhinos, Aidil Sharin memuji barisan pemain Sabah walaupun turun tanpa empat pemain import mereka namun banyak memberi tekanan kepada skuad Hijau Kuning sepanjang 90 minit perlawanan.
"Pemain mengikut semua perancangan dengan baik sehingga mampu menghalang asakan lawan," katanya.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Sabah Kurniawan Dwi Yulianto tetap berpuas hati dengan prestasi dipamerkan pemain walaupun gagal mengutip mata di tempat lawan.
Beliau berkata corak permainan yang terlalu berhati-hati sedikit sebanyak merencat perancangan pasukan terutama di bahagian serangan hingga gagal mencipta jaringan pada awal permainan.
"Ketiadaan empat pemain import juga menjejaskan pelan kami, tetapi di sebalik kekalahan ini ada positifnya apabila banyak pemain muda menonjolkan aksi lebih baik ketika berdepan Kedah yang tentunya pasukan kuat liga," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#KDA FC
#Penang FC
#Liga Super
#JDT
#Piala Sumbangsih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan