KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meminta Kementerian Belia dan Sukan Sabah untuk mencungkil lebih ramai bakat baharu bidang sukan bagi memastikan negeri itu tidak ketandusan atlet pelapis.
Beliau berkata ia boleh dilakukan dengan mengadakan pelbagai program atau pertandingan sukan di seluruh negeri.
Katanya kerajaan negeri komited memajukan bidang sukan dan dalam Belanjawan Sabah tahun ini sebanyak RM52.02 juta diperuntukkan bagi pembangunan sukan termasuk penyediaan prasarana dan kemudahan.
Menurutnya program pembangunan sukan bukan sahaja disasarkan untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas, tetapi juga ke arah melakar nama negeri pada peringkat antarabangsa dalam bidang itu, selain melahirkan lebih ramai atlet muda di Sabah.
"Ramai atlet muda kita bersaing hingga ke peringkat antarabangsa dan pernah mengharumkan nama negara. Ini termasuklah pelayar negara, Rufina Tan, pemain golf negara Ben Leong dan terkini dua perenang negara Janetty John Fabian serta Loo Yie Bing.
"Kita juga ada atlet yang menang pingat emas di Sukan SEA di Hanoi baru-baru ini seperti Andre AnuraAnuar dalam acara lompat kijang; Jellson Jabilin akuatik terjun; Fatin Nur Fatehah Mat Salleh memanah dan Natasya Soon berbasikal," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Meraikan Pencapaian Atlet Sabah sempenaTemasya Sukan SEA Ke-31 Hanoi di Menara Kinabalu yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin.
Pada majlis itu, Hajiji menyampaikan replika cek insentif kemenangan berjumlah RM71,450 kepada 23 pemenang pingat dalam temasya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meminta Kementerian Belia dan Sukan Sabah untuk mencungkil lebih ramai bakat baharu bidang sukan bagi memastikan negeri itu tidak ketandusan atlet pelapis. - Gambar fail/BERNAMA
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Kementerian Belia dan Sukan Sabah perlu cungkil lebih ramai atlet pelapis - Hajiji
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meminta Kementerian Belia dan Sukan Sabah untuk mencungkil lebih ramai bakat baharu bidang sukan bagi memastikan negeri itu tidak ketandusan atlet pelapis.