Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang menyediakan kemudahan gelanggang futsal secara percuma buat warga kota dalam masa terdekat.
Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata inisiatif berkenaan bakal dilaksana bagi menggalakkan gaya hidup sihat selain meringankan beban kewangan generasi muda dalam menjalankan aktiviti sukan.
"Kerajaan peka dengan kekangan kewangan dan kos sara hidup di bandar yang semakin meningkat, jadi kemudahan seperti ini semuanya bagi membantu rakyat menjalani hidup dengan lebih baik.
"Cadangan ini pada mulanya timbul apabila ada anak-anak muda di Putrajaya mengadu sukar nak bermain futsal di situ kerana kena bayar, tunggu giliran terlalu lama dan sebagainya jadi dalam masa sama kita akan laksanakan di Kuala Lumpur juga," katanya selepas merasmikan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Dalam program yang diadakan serentak dengan program 'KL Car Free Morning' atau pagi tanpa kenderaan itu, seramai 5,000 warga kota hadir mengibarkan bendera Wilayah Persekutuan.
Tengku Adnan berkata lebih 8,000 bendera akan diedarkan kepada premis perniagaan di sekitar ibu kota dalam menyemarakkan sambutan Hari Wilayah pada 1 Feb ini.
"Sambutan diadakan secara lebih sederhana tahun ini melalui anjuran lebih 30 program dengan pengisian yang lebih dekat dengan komuniti," katanya.
Menurut Tengku Adnan, peruntukan untuk sambutan pada tahun ini juga dikurangkan berikutan kekangan kewangan dihadapi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2017
nisiatif berkenaan bakal dilaksana bagi menggalakkan gaya hidup sihat selain meringankan beban kewangan generasi muda dalam menjalankan aktiviti sukan. - Foto Wikimedia
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Melaka meninggal dunia
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Melaka Muhamat Puhat Bedol meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.
Pemain keracunan makanan, sekat Malaysia sambar emas futsal AUG 2024
Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia terpaksa akur meraih pingat perak selepas dikecewakan tuan rumah 4-1 pada aksi final.
Remaja maut nahas tiga kenderaan selepas main futsal
Kedua-dua penunggang motosikal tidak memakai topi keledar ketika kejadian dan kenderaan masing-masing telah tamat tempoh cukai jalan.
Pahang Rangers tambah koleksi kejuaraan
Pada penentuan penalti itu, penjaga gol Zainulzahin Sinuan muncul wira Pahang Rangers selepas menyelamatkan dua sepakan.
Suspek serang ala muay Thai pengadil futsal dikenal pasti
Polis mengesahkan telah menerima laporan berkaitan insiden seorang pengadil diserang seorang pemain ketika perlawanan futsal di sebuah kompleks sukan di Damansara di sini pada Selasa lalu.
Futsal Pekak Asia Pasifik Tehran: Malaysia sasar ke final Brazil
Pasukan futsal Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) itu berkeyakinan dapat terpilih antara pasukan terbaik berdasarkan dua rekod pencapaian sebelum ini.
Thailand raja futsal ASEAN
Indonesia bermula garang apabila mendahului menerusi Holypaul Septinus pada minit kelapan.
Tewas di tangan Indonesia, Malaysia harap tuah ke separuh akhir
Pemain Indonesia Ardiansyah Nur dan Holypaul Septinus Soumilena muncul wira selepas masing-masing menjaringkan dua gol.
Skuad futsal tunggu surat pelepasan KKM
Chun Yong turut menafikan pihak pengurusan bersikap sambil lewa berhubung perkara berkenaan.
KBS sambut baik keputusan batal Liga Futsal Perdana
Sebelum ini, FAM turut membatalkan saingan Piala Presiden dan Piala Belia, susulan pandemik COVID-19.