Tindakan pihak berkuasa Singapura itu menimbulkan kemarahan para penyokong skuad Harimau Malaya dan mencetus kekecohan dalam kalangan komuniti media sosial, terutamanya penyokong kuat pasukan bola sepak negara berkenaan pinsiden berkenaan.
Khairy melalui entri terkini di Facebook beliau, menyatakan bahawa telah menerima maklumat mengenai kumpulan penyokong berkenaan yang ditahan dan dilarang memasuki Singapura untuk menonton perlawanan Piala Suzuki ASS antara Malaysia dan Myanmar.
Gambar notis larangan yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura turut dimuat naik dan menjadi viral di media sosial.
Paparan status terkini dari akaun Facebook Khairy Jamaluddin berkenaan insiden penyokong pasukan negara yang tidak dibenarkan memasuki Singapura. - Sumber Facebook Khairy Jamaluddin
“Pejabat saya telah menulis kepada pihak berkuasa di Singapura untuk mendapatkan penjelasan kenapa penyokong Malaysia diberi layanan yang begitu teruk sekali sehingga mereka tidak dibenarkan masuk ke Singapura untuk menyokong pasukan kebangsaan.“Padahal saya dimaklumkan bahawa penyokong Myanmar dapat membanjiri Stadium Jalan Besar di Singapura, siap lagi dengan kain rentang dan bendera gergasi negara mereka.
“Walaupun kami menghormati prosedur negara asing, tapi saya memang tidak puas hati dengan yang diberi kepada penyokong bola sepak Malaysia,” ujar Khairy.
Khairy berjanji untuk memaklumkan jawapan yang diberi oleh Singapura kepada semua orang termasuk maklum balas daripada pihaknya.
Hasrat Malaysia untuk memenangi perlawanan dalam Kumpulan B di Stadium Jalan Besar itu tidak kesampaian kerana ia berakhir tanpa sebarang jaringan gol.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, persatuan tersebut sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Singapura berkenaan perkara itu.