awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepulangan 'berbeza' Oleksandr Zinchenko ke Ukraine

Agensi
Agensi
05/06/2023
13:40 MYT
Kepulangan 'berbeza' Oleksandr Zinchenko ke Ukraine
Zinchenko giat menggunakan platform media sosial untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesukaran penduduk di Ukraine. - Gambar Reuters
KIEV: Bintang bola sepak Arsenal kelahiran Ukraine, Oleksandr Zinchenko memaklumkan kepulangan ke negara asalnya amat berbeza pada kali ini.
Memetik CNN, Zinchenko menjelaskan beliau berasa sukar menterjemahkan perasaannya ketika ini apabila terpaksa menyaksikan banyak kemusnahan yang berlaku.
Meskipun kecewa dengan situasi semasa, Zinchenko giat menggunakan platform media sosial untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesukaran penduduk di Ukraine.
"Adalah sangat berbeza apabila anda melihat semua berita ini dari telefon, dari jauh.
“Pertama sekali, saya ingin mengatakan bahawa saya sangat gembira dapat pulang ke tanah air saya di mana saya dilahirkan dan dibesarkan, dan berasa hal-hal yang baik dalam diri saya.
"Sejujurnya, saya tidak pasti sama ada mempunyai cukup emosi untuk menunjukkannya kepada orang lain apabila anda melihat semua perkara ini. Tetapi di dalam kepala, terlalu banyak perkara yang saya fikirkan,” katanya.
Terinspirasi untuk melakukan perubahan, Zinchenko dilantik menjadi duta UNITED 24 iaitu sebuah organisasi pengumpulan dana yang ditubuhkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy.
Dalam pada itu, beliau juga tampil dengan inisiatif membina semula sebuah sekolah bersama dengan bintang bola sepak legenda Ukraine, Andriy Shevchenko.
Duo ini akan menganjurkan perlawanan bola sepak amal di Stadium Stamford Bridge Chelsea di London pada 5 Ogos di mana hasil jualan akan disalurkan kepada projek pembinaan semula negara mereka.
Topic Berkaitan
#Arsenal
#media sosial
#Ukraine
#Oleksandr Zinchenko
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan