SEPANG: Kepulangan barisan wira negara yang berjuang mengharumkan nama Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022 disambut dalam suasana meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Ketibaan mereka antaranya tiga pemenang pingat emas iaitu dua atlet angkat berat Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin serta jaguh powerlifting Bonnie Bunyau Gustin disambut ahli keluarga, peminat dan persatuan sukan dengan jambangan bunga dan tepukan gemuruh.
Orang ramai turut meraikan atlet angkat berat Muhammad Erry Hidayat yang meraih perak, atlet judo yang merangkul gangsa Amir Daniel Abdul Majeed dan beberapa atlet lain.
Turut hadir adalah Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat.
Mohamad Aniq penyumbang emas pertama menerusi kategori 55 kilogram (kg) lelaki dan Muhamad Aznil menyumbangkan emas kedua dalam kategori 61 kg lelaki sementara Bonnie menyumbangkan emas keempat dalam kategori lightweight bawah 72 kg.
Muhammad Erry meraih perak kategori 73 kg lelaki dan Amir Daniel Abdul Majeed raih gangsa menerusi kategori 73 kg lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022

Ketibaan mereka antaranya tiga pemenang pingat emas iaitu dua atlet angkat berat Mohamad Aniq dan Muhamad Aznil serta jaguh powerlifting Bonnie Bunyau disambut meriah. - Gambar/ FB Ayub Rahmat

Kekang Hackers | Aplikasi khas dalam telefon akan diperkenalkan
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan memperkenalkan satu aplikasi khas dalam telefon bimbit bagi mengekang penggodam. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata aplikasi keselamatan anti pengodam itu kini digunakan oleh sebuah negara di Eropah.

Bot Karam | Operasi pencarian dua lagi mangsa ditamatkan
Operasi Mencari dan Menyelamat dua lagi mangsa bot karam diperairan Pulau Redang sejak Isnin lalu ditamatkan. Pengarah Maritim Terengganu,Kepten Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata operasi pencarian yang diaktifkan selama empat hari ditamatkan pada jam 7 malam Jumaat susulan pasukan pencarian tidak menemui sebarang pertunjuk.

11 maut dalam tembakan rambang di Montenegro
Serangan tembakan rambang ke arah orang awam, termasuk kanak-kanak, itu dilakukan seorang lelaki berusia 34 tahun.

AWANI Ringkas: Firma guaman nafi tarik diri wakili Najib
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Teksi haram jerat pelanggan guna Toyota Alphard
Siasatan dijalankan mendapati ulat yang menawarkan kegiatan teksi haram ini menyasarkan pelanggan terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.

'Terduduk lihat jenazah isteri'
Motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah treler sebelum terseret sejauh 10 meter.

Padah cabar polis di TikTok
Hasil daripada beberapa video yang diperoleh menerusi akaun TikTok 'nish V1 buruk', suspek berusia 20 tahun telah ditahan di Sikamat.

Ekonomi UK menyusut buat kali pertama sejak pandemik COVID-19
Ekonomi Britain menyusut 0.1 peratus pada suku kedua 2022, menandakan penguncupan pertama sejak pandemik COVID-19, berdasarkan data awal oleh pejabat perangkaan negara pada Jumaat.

Prosedur bedah siasat, penyimpanan mayat warga emas dilapor hilang ikut polisi KKM
Prosedur tersebut telah dimaklumkan secara lisan kepada waris yang hadir semasa proses pengecaman.

49 individu beragama Islam ditahan minum arak
DBKL turut mengenakan tindakan penutupan (sealed) serta-merta dan sita peralatan terhadap sebuah premis di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.

Dhabitah optimis mampu beraksi pelbagai acara terjun
Atlet terjun wanita negara Nur Dhabitah Sabri optimis mampu menggalas tugas beraksi dalam pelbagai acara bagi sukan terjun di kejohanan akan datang.

Joe Ee mahu fokus pada pelajaran, janji tampilkan aksi terbaik di Sukan Asia
Gimnas berusia 16 tahun itu berkata beliau tetap akan bekerja keras dan berlatih bersungguh-sungguh untuk Sukan Asia.

Sukan Komanwel: Suasana meriah sambut kepulangan skuad gimrama negara
KLIA bergema dengan tepukan gemuruh peminat sukan apabila menerima ketibaan barisan atlet gimrama kebangsaan yang berjaya mengharumkan nama negara di Sukan Komanwel Birmingham.

Biar Tze Yong berjaya dengan caranya sendiri - Choong Hann
Ada pihak mungkin berpendapat atlet itu sudah bersedia untuk 'mencabar' jaguh perseorangan Lee Zii Jia.

Senarai pemenang pingat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022
Disenaraikan nama-nama pemenang pingat bagi kontinjen Malaysia di temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Selamat tinggal Birmingham, kita jumpa di Victoria
Dame Louise Marin menyifatkan Birmingham 2022 sebagai 'berani, menguja dan cemerlang' dan memberikan pujian kepada semua atlet.

Sukan Komanwel: Tidak mahu leka dengan kejayaan hari ini - Pearly
Mereka masih mempunyai ruang untuk diperbaiki walaupun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia.

Sukan Komanwel: Perjuangan membanggakan, Malaysia perbaiki kedudukan keseluruhan
Malaysia menamatkan saingan di kedudukan 10 sekali gus memperbaiki kedudukan di tempat ke-12 pada edisi 2018.

Beri peluang muka baharu, rombak program latihan - MOM
Kebergantungan kepada atlet sedia ada pada temasya sukan empat tahun sekali itu perlu diubah.

Sukan Komanwel: Joe Ee, Aznil paling berjaya - MOM
Kejayaan Mohd Aznil dan rakan sepasukannya membuktikan kem angkat berat menjadi pasukan paling cemerlang.