awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan Aniq dan Aznil masuk RTG diketahui selepas mesyuarat - Hannah

Bernama
Bernama
10/09/2023
11:30 MYT
Keputusan Aniq dan Aznil masuk RTG diketahui selepas mesyuarat - Hannah
Sebelum ini, Presiden PABM Datuk Ayub Rahmat mengemukakan rayuan kepada Hannah untuk Mohamad Aniq dan Muhamad Aznil disenaraikan dalam RTG. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan status rayuan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) untuk Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin disenaraikan dalam program Road To Gold (RTG) hanya diketahui selepas mesyuarat jawatankuasa program itu.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata buat masa ini, beliau tidak boleh mengumumkan sebarang keputusan melibatkan program itu yang dipengerusikan bersama Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
"Seperti saya katakan sebelum ini, semua keputusan masuk atau keluar atlet (dalam RTG) hanya boleh diputuskan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan bersama oleh menteri dan Presiden MOM yang turut dianggotai bekas atlet.
Mesyuarat Jawatankuasa RTG dijangka diadakan selepas Sukan Asia Hangzhou 2022 dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.
Sebelum ini, Presiden PABM Datuk Ayub Rahmat mengemukakan rayuan kepada Hannah untuk Mohamad Aniq dan Muhamad Aznil disenaraikan dalam RTG.
Keputusan mempertimbangkan semula kelayakan Mohamad Aniq untuk disenaraikan dalam RTG menjadi persoalan apabila atlet berkenaan kini menepati kriteria program itu dengan berada di kedudukan kesembilan dunia.
Lebih manis, dia yang melakukan angkatan 125kg bagi acara snatch berjaya mencatat angkatan keseluruhan 291kg sekali gus memecahkan rekod kebangsaan bagi kategori 61kg dan meletakkan beliau di landasan tepat layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Hanya 10 atlet terbaik setiap kategori layak secara automatik beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Road to Gold
#Aniq Kasdan
#Aznil Bidin
#Hannah Yeoh
#angkat berat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan