KEMENANGAN 2-1 Bayern Munich ke atas SC Freiburg dalam saingan Bundesliga di Allianz Arena pada Sabtu disifatkan sebagai hasil kerjasama berpasukan yang jitu dalam kalangan pemain.
Perkara itu ditegaskan pemain tengah Bayern, Leon Goretzka yang mengakui berpuas hati dengan kemenangan berkenaan yang turut meleburkan rekod tanpa kalah pelawat dalam 10 perlawanan setakat ini.
“Biarpun beraksi di gelanggang sendiri, tetapi kami tidak lupa bahawa kami berdepan dengan sebuah pasukan yang bagus hari ini (Sabtu).
“Kami berjaya menjaringkan gol kedua yang juga merupakan gol paling penting kerana setelah mendahului 1-0, kita masih belum selamat kerana bila-bila masa lawan boleh menyamakan kedudukan.
“Namun, apa yang penting adalah kami berjaya mencatatkan kemenangan pada perlawanan ini dan meraih mata yang penting untuk berada di puncak,” katanya.
Pada perlawanan berkenaan, Goretzka membuka jaringan pada minit ke-30 sebelum bintang Poland, Robert Lewandowski menjaringkan gol kedua pada minit ke-75.
Biarpun pemain tengah SC Freiburg, Janik Haberer berjaya merapatkan jurang buat pelawat pada masa kecederaan, namun ia sudah terlalu lewat untuk menyekat kemenangan Bayern yang sekali gus turut mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Bundesliga setakat ini.
Kemenangan itu menyaksikan Bayern terus mendominasi carta Bundesliga dengan 28 mata manakala SC Freiburg berada pada kedudukan ketiga dengan 22 mata setelah masing-masing mengharungi 11 perlawanan setakat ini.
Sementara itu Goretzka kemenangan itu diharap berjaya memastikan Bayern berada pada kedudukan terbaik Bundesliga sebelum rehat antarabangsa tidak lama lagi.
Kataya, setelah mengalami kekalahan pertama (1-2 kepada Eintracht Frankfurt pada 3 Oktober), sebelum rehat antarabangsa sebelum ini, kesemua pemain berazam untuk memastikan pasukan berkenaan tidak lagi mengalami kekalahan menjelang rehat antarabangsa akan datang.
"Misi kami hari ini (Sabtu) adalah untuk memenangi aksi terakhir sebelum rehat antarabangsa, kerana sebelum rehat antarabangsa terdahulu, kami tewas. Justeru, sudah pasti kemenangan ini sangat bermakna buat kami,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Nov 07 2021
Robert Lewandowski (tengah) meraikan selepas menjaring gol kedua pasukan bersama Alphonso Davies (kiri) dan and Serge Gnabry ketika perlawanan Bundesliga antara Bayern Munich dan SC Freiburg di Munich, Jerman, 6 Nov, 2021. (Foto AP)
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Kane mahu bawa aura Bundesliga ke UCL
Dalam saingan di pentas Eropah itu, Bayern hanya menang sekali ke atas Dinamo Zagreb sebelum tewas kepada Aston Villa dan Barcelona.
UCL: Aston Villa cipta kejutan tewaskan Bayern Munich
Anak buah Vincent Kompany mendominasi perlawanan tetapi mensia-siakan beberapa peluang terbaik mereka.
EPL: Ia perasaan yang hebat untuk jadi pemain Manchester United - Mazraoui
"Saya tidak sabar untuk ke Old Trafford dengan memakai seragam merah."
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
Euro 2024: Trofi bersama England lambang puncak kerjaya - Harry Kane
Harry Kane menaruh impian untuk menamatkan kemarau trofinya dalam Euro 2024.
Perarakan kejuaraan Real Madrid disambut meriah
Real Madrid meraikan kemenangan Liga Juara-Juara mengelilingi ibu kota Sepanyol dalam perarakan bas atas terbuka sebelum berpesta dengan peminat di Bernabu.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Liga Juara-Juara: Real Madrid-Bayern Munich sama handal
Pemain skuad kebangsaan Brazil itu jaringkan gol buat pelawat mendahului perlawanan pada minit ke-24 selepas terima hantaran Toni Kroos.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.