awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesesakan trafik di Manila bimbangkan kontinjen negara

Bernama
Bernama
18/07/2019
20:00 MYT
Kesesakan trafik di Manila bimbangkan kontinjen negara
AHMAD FAEDZAL: Banyak kemungkinan akan berlaku, kerana ketika berlangsungnya temasya tersebut, ia sudah menghampiri musim perayaan Krismas dan dijangka bandar Manila akan sibuk dan sesak. - Gambar fail
Selain penyediaan makanan halal, isu kesesakan lalu lintas yang teruk di Manila, juga menjadi kebimbangan kontinjen Malaysia yang akan bertanding di Sukan SEA 2019 nanti.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli berkata, perkara tersebut merupakan antara perkara yang akan dibangkitkan pada mesyuarat ketiga, bersama Penganjur Sukan SEA Filipina (PHISGOC) Oktober depan.
"Kita bimbang kesesakan itu akan menjejaskan kelancaran pergerakan atlet ke venue pertandingan, memandangkan terdapat perubahan drastik di mana 21 acara akan dipertandingkan di bandar itu, berbanding hanya dua acara saja pada awalnya.
"Banyak kemungkinan akan berlaku, kerana ketika berlangsungnya temasya tersebut (November), ia sudah menghampiri musim perayaan Krismas dan dijangka bandar Manila akan sibuk dan sesak," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU), antara UPSI dan Universal Fitness and Leisure Sdn Bhd ( UFL) di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Ahmad Faedzal berkata, PHISGOC turut memberi jaminan perkampungan sukan di Clark akan siap sepenuhnya menjelang 31 Ogos ini.
"Itu jaminan yang diberikan dan pada masa sama, PHISGOC memang perlu memastikan perkampungan sukan itu siap sepenuhnya pada 31 Ogos depan. Malah, semasa kunjungan yang dilakukan awal bulan ini juga, kami diberitahu dan melihat sendiri lebih 8,000 pekerja sedang bertungkus lumus menyiapkan tempat tersebut," katanya.
Pada 1-7 Julai, Ketua kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2019, Datuk Megat Zulkarnain Omardin bersama dua timbalannya, Ahmad Faedzal dan Nurul Huda Abdullah menghadiri mesyuarat kedua dengan PHISGOC, bagi membincangkan progres persediaan Filipina dalam menganjurkan kejohanan dwitahunan tersebut.
Sebanyak 15 sukan akan dipertandingkan di Subic manakala 19 sukan bakal dilangsungkan di Clark manakala 21 di Manila dan sembilan lagi di Luzon dan lain-lain tempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Faedzal Md Ramli
#atlet
#Filipina
#kesesakan lalu lintas
#Krismas
#makanan halal
#Manila
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan