Kesilapan teknikal Persekutuan Bola Sepak New Caledonia (FCF) menjadi punca aksi persahabatan berstatus 'A' antara Malaysia dan New Caledonia di tempat lawan, bulan lepas, ditarik balik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan, memaklumkan FCF menyenaraikan pengadil daripada senarai FIFA untuk mengadili perlawanan itu, namun mengambil dua pembantu pengadil yang bukan daripada senarai FIFA untuk musim 2016.
Artikel 10.1 dalam Peraturan Perlawanan Antarabangsa FIFA menyatakan, tuan rumah perlu memastikan pengadil dan pembantu pengadil untuk perlawanan berstatus 'A' mestilah dalam kalangan mereka yang berada dalam senarai terkini FIFA.
"Itu menyebabkan keputusan perlawanan berkenaan yang berkesudahan Malaysia menang 2-1 tidak dipaparkan di laman web FIFA, sekali gus ia tidak dikira untuk kiraan mata bagi ranking FIFA yang kemas kini berikutnya pada 14 Julai depan.
"Jelas, apa yang berlaku ini bukan kesilapan FAM kerana pihak persatuan telahpun mengikut segala prosedur ditetapkan FIFA dalam memohon untuk perlawanan berstatus 'A' ini," kata Hamidin.
Beliau berkata FAM akan membuat rayuan kepada FIFA supaya perlawanan itu diiktiraf semula sebagai perlawanan berstatus 'A' dengan menyertakan dokumen sokongan bahawa kesilapan teknikal berkenaan berpunca daripada FCF.
"Pihak persatuan akan lebih tegas dan mengambil serius mengenai perkara ini supaya tidak terus menjadi mangsa kecuaian dan kelalaian pihak tuan rumah dalam soal teknikal jika beraksi perlawanan antarabangsa di tempat lawan pada masa akan datang," katanya.
Untuk rekod, Malaysia mencatat satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan pada Jelajah Oceania, bulan lepas.
Skuad Harimau Malaysia yang berada pada ranking ke-173 dunia, diaibkan 0-2 kepada pasukan ranking ke-193 dunia, Papua New Guinea pada aksi sulung Jelajah Oceania di Stadium Sir John Guise, Port Moresby, 17 Jun lepas.
Mereka, bagaimanapun bangkit mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas pasukan ranking ke-183 dunia, New Caledonia di Stadium Numa-Daly Magenta, Noumea, New Caledonia pada 22 Jun, sebelum seri 1-1 menentang pasukan ranking ke-186 dunia, Fiji dalam aksi persahabatan terakhir di Stadium Prince Charles Park di Nadi, Fiji pada 26 Jun.
Bernama
Fri Jul 01 2016
HAMIDIN: "Jelas, apa yang berlaku ini bukan kesilapan FAM kerana pihak persatuan telahpun mengikut segala prosedur ditetapkan FIFA." - Gambar fail
Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf
Fahmi membidas kenyataan Wan Saiful yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai Isnin depan.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur
Seorang pemandu lori terkejut dan bingung selepas mendengar tembakan di pekarangan rumahnya ketika sedang tidur.
Kerajaan naikkan gaji walaupun warisi hutang
Walaupun mewarisi hutang yang besar, kerajaan tidak melepaskan tanggungjawab untuk menjaga dan membela nasib penjawat awam, untuk menaikkan gaji.
Kenaikan gaji hargai penjawat awam termasuk pasukan bomba - Anwar
Keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka terutama ketika negara berdepan bencana dan kejadian tidak diingini.
Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang untuk kejohanan dunia
Apa 'kata-kata hikmat' yang disampaikan oleh Juara Dunia sebanyak lapan kali, Datuk Nicol David, kepada Sivasangari?
Pesawat terhempas: Polis serah siasatan kepada CAAM
Polis serahkan kepada pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) membuat siasatan berhubung pesawat ringan terhempas di Trolak, Perak.
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim sedang jalani latihan penerbangan - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai di Tanjung Malim pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan.
Astro catat pendapatan RM5.5 bil bagi tahun kewangan berakhir 2019
Astro kini sedang melaksanakan kajian strategik dari setiap ruang lingkup perniagaan bagi memastikan kami akan terus efisien dan cekap dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada setiap pelanggan.
Kesilapan teknikal FCF punca aksi persahabatan Malaysia-New Caledonia tidak diiktiraf
FAM akan membuat rayuan kepada FIFA supaya perlawanan itu diiktiraf semula sebagai perlawanan berstatus 'A' dengan menyertakan dokumen sokongan.