DETIK manis kejayaan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying, melangkah ke final Sukan Olimpik 2016, disaksikan seluruh rakyat Malaysia menerusi saluran Astro ARENA awal pagi tadi.
Namun tentunya bagi pengulas sukan, Ahmed Shahrazad Sani, menyaksikan saat-saat itu lebih bermakna apabila kedua-dua wira negara itu berkongsi kegembiraan mereka bersamanya.
Shahrazad yang berada di gelanggang sedang menunggu masa untuk menemubual Peng Soon dan Liu Ying, apabila Peng Soon datang dari belakang dan memeluk Shahrazad, tanda dia cukup gembira dan teruja dengan kejayaan yang ditempanya.
Video itu dimuat naik ke akaun Facebook dan YouTube Astro ARENA, dan menerima pelbagai reaksi rakyat Malaysia.
Majoritinya tentu sekali berkongsi rasa bangga, namun dalam masa yang sama sebak apabila kali pertama, sejarah tercipta buat Malaysia.
Dalam temubual itu, Peng Soon dan Liu Ying turut berkongsi perasaan mereka sepanjang perlawanan berlangsung, dan menyifatkan ia bukan sahaja kemenangan dalam pertarungan fizikal, tetapi juga mental.
Mereka juga berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menonton perlawanan itu dan mendoakan kejayaan mereka.
Pasangan beregu itu akan bertemu pasangan Indonesia, Ahmad Tontowi-Liliyana Natsir, esok jam 11.30 malam.
Madiha Abdullah
Tue Aug 16 2016
Kegembiraan Peng Soon dan Liu Ying dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Sze Fei-Nur Izzuddin ke separuh akhir Terbuka Artik
Gandingan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan tempat ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2024, hari ini.
Soon Huat-Shevon naib juara Terbuka China 2024
Pasangan suami isteri itu tewas kepada wakil tuan rumah yang juga pilihan kedua kejohanan Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 21-16, 14-21, 17-21.
Terbuka China: Goh Soon Huat-Shevon Lai singkir pilihan ketiga untuk ke separuh akhir
Goh Soon Huat-Shevon Lai menewaskan pilihan ketiga kejohanan, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin untuk mara ke separuh akhir Terbuka China.
Terbuka Korea: Tang Jie-Ee Wei bangkit roboh tembok China untuk bergelar juara
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, muncul juara Terbuka Korea selepas berjaya mengatasi pasangan China, Guo Xin Wa-Li Qian di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul, Korea Selatan sebentar tadi.
Olimpik Paris 2024: Tang Jie-Ee Wei tewaskan AS, mara ke suku akhir
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menepati ramalan apabila berjaya mengesahkan tempat ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de la Chapelle Arena, sebentar tadi.
Aaron-Wooi Yik 'mandi peluh' sebelum ke pusingan kedua Terbuka Singapura
Beregu lelaki utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetuai cabaran wakil Malaysia yang berjaya meloloskan diri ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Singapura 2024 di Stadium Tertutup Singapura.
Malaysia Masters 2024: Soon Huat-Shevon Lai dapat hadiah perkahwinan terbaik
Tebus kekecewaan 2017 dengan julang kejuaraan menewaskan pasangan Indonesia.
Peng Soon-Yee See ucap selamat tinggal kepada arena badminton negara
Chan Peng Soon-Cheah Yee See mengucapkan selamat tinggal kepada "lubuk rezeki" mereka setelah meraih pelbagai kejayaan di peringkat dalam dan luar negara.
Tang Jie enggan ambil mudah cabaran BAC
Chen Tang Jie enggan mengambil mudah cabaran Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang akan membuka tirai Selasa depan (9 April) di Ningbo, China.
Tang Jie-Ee Wei ketuai kemaraan pemain Malaysia di Switzerland
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kembali mempamerkan permainan matang apabila mengesahkan kemaraan ke suku akhir Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland Super 300 di Saint Jakobshalle, Basel awal pagi Jumaat.