awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KFA akan diperkasakan semula -- Mukhriz

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2013
12:47 MYT
KFA akan diperkasakan semula -- Mukhriz
Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) akan diperkasakan semula bagi mengembalikan kegemilangan pasukan bola sepak Kedah seperti yang pernah dimenangi suatu masa dahulu. Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata beliau akan memastikan kebajikan pemain-pemain dan akan berusaha untuk menarik lebih banyak lagi penaja untuk menaja kelab bola sepak Kedah ini. Beliau juga mahu semua pemain fokus kepada pertandingan dan kekal di dalam pasukan walaupun terdapat tawaran-tawaran yang lumayan dari persatuan bola sepak pasukan negeri lain. Kedah suatu masa dahulu merupakan pasukan yang digeruni lawan apabila pernah memenangi juara ‘Double Trouble’ bagi musim 2007/2008 apabila menjulang Piala Fa, Liga Super dan Piala Malaysia. Mukhriz berkata,”Saya memang berazam untuk melihat KFA kita cemerlang dan saya akan pastikan segala keperluan mereka kita penuhi sebaik yang mungkin termasuk jugalah untuk menarik ‘sponsor’ daripada pihak swasta untuk membantu dalam perbelanjaan kelab.” Beliau berkata begitu kepada media selepas majlis mengangkat sumpah jawatan Exco Kedah yang baru di Istana Anak Bukit Alor Setar, Kedah. Sebanyak lapan adun dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri di hadapan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Kedah
#Mukhriz Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan