awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy dan Putera Mateen curi tumpuan wanita di padang polo ekuestrian

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
22/08/2017
13:17 MYT
Khairy dan Putera Mateen curi tumpuan wanita di padang polo ekuestrian
Ini merupakan kali ketiga polo dianjurkan di temasya Sukan SEA iaitu 1983 di Singapura dan di Bangkok pada 2007. Malaysia merupakan juara bagi kedua-dua temasya sukan tersebut. - Gambar pembaca Astro AWANI
Malaysia bermula dengan langkah kanan dalam acara polo ekuestrian apabila menewaskan Brunei 12-4 di Taman Ekuestrian Putrajaya di sini petang tadi.
Perlawanan yang diangkat sebagai pertarungan antara Putera Raja Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah dan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ini menyaksikan negara tuan rumah mendominasi permainan sejak mula walaupun bermula agak perlahan dalam babak pertama.
Brunei yang diwakili Putera Abdul Mateen, 26, tidak dapat menandingi kehebatan skuad Malaysia yang turut dibarisi Muhammad Faizal Abu Bakar, Abdul Rashid Hasnan, Amran Selamat, Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman dan Mohd Zulhelmi Nadzar.
Selain Putera Abdul Mateen, Brunei turut dibarisi kekandanya, Puteri Azemah Ni'matul yang merupakan salah seorang dari dua pemain wanita yang mewakili negara itu.
Ini merupakan penyertaan pertama mereka dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Pemain Malaysia, Shaik Reismann Mohamed Ismail yang (mempunyai handicap 6) menyumbang lapan gol untuk skuad negara.
Pemain muda negara, Abdul Rashid, 18 tahun turut menyumbang dua gol di babak keempat.
Taman Ekuestrian Putrajaya dibanjiri bukan sahaja peminat polo ekuestrian negara malah peminat Putera Abdul Mateen setia menunggu lebih sejam di pekarangan kawasan taman ini untuk memberi sokongan kepada pemain pujaan mereka.
Ini merupakan kali ketiga polo dianjurkan di temasya Sukan SEA iaitu 1983 di Singapura dan di Bangkok pada 2007. Malaysia merupakan juara bagi kedua-dua temasya sukan tersebut.
Sementara itu, peminat menunggu lebih sejam untuk berjumpa dengan Putera Abdul Mateen.
Putera raja itu berkata, beliau cukup teruja dengan sokongan yang diterima dan tekad untuk membaiki persembahan dalam perlawanan seterusnya.
Topic Berkaitan
#BangkitBersama
#Bangkok
#Brunei
#Khairy Jamaluddin
#KitaJuara
#KL2017
#Kuala Lumpur
#menteri
#Putrajaya
#SEAGames2017
#Singapura
#Sukan SEA
#SukanSEA2017
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan