JOHOR BAHRU: Bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini bertitah baginda telah mengadakan pertemuan dengan Khairy dan bersetuju untuk melantik bekas Menteri Belia dan Sukan itu.
"Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan bola sepak Johor," titah Tunku Ismail menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda, hari ini.
Tunku Ismail, yang juga pemilik kelab bola sepak itu, pada 28 Jan lepas telah memberi bayangan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy.
Sementara itu, Khairy menerusi hantaran di Facebook, menjunjung setinggi-tinggi kasih atas perkenan Tunku Ismail melantiknya, sekali gus teruja menyertai Kelab JDT FC yang terbesar di Asia Tenggara dan sentiasa mempamerkan prestasi cemerlang pada setiap musim perlawanan.
"Saya akan menyumbangkan sedikit pengalaman yang ada pada saya untuk membantu Tunku Mahkota Johor dalam visi untuk menjadikan JDT FC kelab bola sepak paling unggul di benua Asia.
"Di samping itu, saya juga akan membantu merealisasikan hasrat Tunku Mahkota Johor dalam memperkasakan belia bangsa Johor melalui pendidikan, latihan, keusahawanan, kebajikan dan memberi perlindungan yang sewajarnya kepada remaja dan kanak- kanak," katanya.
Beliau yang juga bekas Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata akan membalas kepercayaan yang diberikan dan berusaha bersungguh-sungguh demi kecemerlangan berterusan JDT FC dan pemerkasaan belia di Johor.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Mohd Hairi Mad Shah berkata pelantikan Khairy adalah tepat, berbekalkan pengalaman berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan sejak 2013 hingga 2018.
"Saya menyambut baik pelantikan Khairy dan diharapkan dapat bekerjasama bagi memastikan agenda pembangunan belia khususnya di Johor dapat dijayakan dengan lebih berkesan.
"Saya juga berharap, berbekalkan pengalaman dan keupayaan dimilikinya, beliau dapat memberikan idea dan buah fikiran baharu yang lebih dinamik untuk orang muda Johor serta pembangunan bola sepak khususnya di seluruh Johor," katanya.
Mohd Hairi turut menyeru belia dan orang muda di Johor agar terus memberikan sokongan bagi membolehkan Khairy menjalankan tanggungjawab serta amanah yang diberikan dengan baik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023
"Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan bola sepak Johor," titah Tunku Ismail.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
Prestasi Bursa Malaysia capai paras tertinggi bukti kerangka Ekonomi Madani pacu keyakinan pelabur - Amir Hamzah
Prestasi Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani terus memacu keyakinan pelabur.
Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun lagi, berkuat kuasa 12 Mei ini.
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Belasungkawa: Mutang terkejut dinamakan Yang di-Pertua Dewan Negara
Biarpun seketika mengetuai Dewan Negara, kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dengan perwatakannya yang sederhana. Ia kehilangan besar bagi negara.
Isu kehadiran tentera India sudah selesai - Menteri Luar Maldives
Isu kehadiran tentera India di Maldives sudah selesai, kata Menteri Luar Maldives Moosa Zameer.
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Belasungkawa: Mutang Tagal angkat nama 'Lun Bawang'
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan selari dengan AI - Zambry
Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
KJ dilantik salah seorang pengarah di Fischer Medical Ventures Ltd
Khairy dilantik atas kapasiti Pengarah Bebas Syarikat untuk tempoh lima tahun bermula 4 Mei 2024.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...