awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy Jamaluddin presiden baharu Persatuan Lumba Basikal N. Sembilan

Bernama
Bernama
19/09/2020
11:56 MYT
Khairy Jamaluddin presiden baharu Persatuan Lumba Basikal N. Sembilan
Presiden PLBNS yang baharu Khairy Jamaluddin menerima kad keahlian daripada Naib Presiden PLBNS Yunus Ibrahim (kiri) pada Mesyuarat Agung Tahunan PLBNS di d'Tempat Country Club Sendayan hari ini. - BERNAMA
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini dilantik secara rasmi sebagai Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) bagi tempoh 2020-2022.
Beliau mendapat persetujuan sebulat suara perwakilan persatuan itu pada mesyuarat agung tahunan bagi menggantikan Datuk Baharin Mohamed yang memilih untuk memberi laluan kepada muka baharu selepas memimpin persatuan itu sejak lapan tahun lepas.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Khairy menzahirkan ucapan terima kasih kepada perwakilan yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk memimpin persatuan itu dalam melahirkan lebih ramai pelumba basikal dari Negeri Sembilan.
"Saya sebenarnya sudah lama berhasrat untuk main peranan di persatuan sukan negeri dan paling sesuai saya lihat adalah negeri saya sendiri. Saya berharap dapat melahirkan pelumba berprestasi tinggi dalam semua acara (basikal) selain pegawai teknikal," katanya.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata beliau sudah meminta izin dan mendapat lampu hijau untuk memimpin persatuan sukan daripada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Menyentuh tentang sukan itu Khairy berkata, sesi libat urus antara pihak Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bersama kelab dan komuniti berbasikal perlu diadakan, bagi membincangkan garis panduan dan etika yang perlu dipatuhi penunggang basikal di negara ini.
Katanya, ia penting sebagai usaha supaya orang ramai lebih mengetahui peraturan sebenar berbasikal selain tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Selain itu, beliau turut berharap sebarang penguatkuasaan terhadap aktiviti berbasikal tidak dibuat terlalu ketat, sehingga menghalang pembangunan basikal di negara ini.
Beliau mengulas cadangan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), mengenai keperluan setiap basikal di negara ini didaftar dan dilesenkan,
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Baharin Mohamed
#basikal
#Khairy Jamaluddin
#Menteri Sains Teknologi dan Inovasi
#MOSTI
#Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan
#PLBNS
#presiden baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan