awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy yakin Malaysia mampu capai 120 emas

Bernama
Bernama
29/08/2017
02:20 MYT
Khairy yakin Malaysia mampu capai 120 emas
Dengan tercapainya sasaran 111 pingat emas, Malaysia boleh disifatkan sebagai juara keseluruhan sukan dwitahunan itu, mengulangi pencapaian sama ketika menjadi tuan rumah edisi 2001. -Foto BERNAMA
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yakin kontinjen negara mampu mencapai jumlah 120 pingat emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sebelum temasya edisi ke-29 itu melabuhkan tirainya pada, Rabu ini.
Katanya, dengan tercapainya sasaran 111 pingat emas, Malaysia boleh disifatkan sebagai juara keseluruhan sukan dwitahunan itu, mengulangi pencapaian sama ketika menjadi tuan rumah edisi 2001.
Setakat pukul 11 malam ini, Malaysia mengungguli carta pungutan pingat dengan 111 emas, 77 perak dan 69 gangsa diikuti juara bertahan,Thailand 60-72-75, dan Vietnam dengan 54 emas, 41 perak 51 gangsa.
"Sudah jelas kita akan melepasi sasaran dan kita akan mencipta sejarah baharu Sukan SEA yang paling berjaya dalam sejarah Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan jaguh keirin dunia, Azizuhhasni Awang merangkul emas ke-111 di Veldrom Nasional, di sini malam ini.
"Pungutan 111 ini adalah hadiah kepada rakyat dan paling penting adalah kepada atlet pelapis kita untuk mengekalkan prestasi cemerlang mereka di Sukan Asia, Sukan Komanwel, kdua-dua tahun depan dan Sukan SEA di Filipina 2019 dan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BangkitBersama
#emas
#Khairy Jamaluddin
#KitaJuara
#KL2017
#melepasi sasaran
#pingat
#SEAGames2017
#SukanSEA2017
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan