KUALA LUMPUR: Penglibatan beberapa legenda sukan negara dalam projek "Road To Gold" (RTG) bertujuan membantu atlet dari aspek motivasi untuk mencapai matlamat merangkul pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik.
Bekas jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa projek RTG berkata antara peranan utamanya ialah memberi motivasi kepada para atlet dalam persediaan berjuang untuk membawa pulang kilauan emas di temasya sukan berprestij itu.
Pemenang pingat perak tiga kali Sukan Olimpik itu berkata bantuannya tidak hanya terarah kepada pemain badminton tetapi juga atlet lain seperti jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan ratu terjun Datuk Pandelela Rinong Pamg untuk beraksi pada tahap terbaik.
"Kami (projek RTG) bukan satu-satunya bantuan untuk atlet dapatkan emas tetapi yang penting ialah diri sendiri, apa yang mereka mahukan dan apa yang diperlukan. Kami perlu pastikan mereka geram dan 'lapar' untuk dapatkan emas pertama.
"Jadi tugas saya ialah beri mereka motivasi dan persiapan yang terbaik sebelum ke Olimpik. Saya sudah beraksi di Olimpik empat kali dan saya mahu membantu atlet-atlet mendapat segala keperluan yang mereka mahukan," katanya pada sidang media di Stadium Nasional di Bukit Jalil, di sini hari ini.
Selain Chong Wei, bekas kapten skuad hoki kebangsaan Datuk Mirnawan Nawawi dan legenda skuasy Datuk Nicol Ann David turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa RTG.
Mirnawan berkata walaupun mempunyai sokongan dan bantuan dari segala aspek tetapi kemahuan atlet itu sendiri adalah penting iaitu mereka seharusnya 'laparkan' kejayaan.
"Kami akan melihat bagaimana kita dapat pastikan atlet berpotensi beraksi pada tahap terbaik," katanya.
Sementara itu, Nicol mengakui berbangga dapat bersama-sama dalam membantu kontinjen negara meskipun beliau tidak pernah beraksi di pentas Olimpik susulan sukan skuasy tidak dipertandingkan.
"Walaupun saya tidak bertanding di Sukan Olimpik tetapi ini memang kebanggaan tertinggi untuk saya sebagai bekas atlet negara. Jadi kami sebagai bekas atlet tahu akan cabaran yang mereka akan hadapi dan persediaan sangat penting," kata bekas pemain nombor satu dunia itu.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengumumkan pembentukan pasukan projek RTG yang dianggap sebagai projek nasional dengan objektif menyelaras usaha negara dalam memburu pingat emas sulung di temasya Olimpik.
Jawatankuasa RTG dipengerusikan bersama oleh Yeoh dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sementara Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai Ketua Kontinjen ke Sukan Olimpik Paris 2024.
RTG akan memberi tumpuan kepada program persediaan atlet elit meliputi latihan harian, latihan di luar negara termasuk lebih banyak pendedahan kepada pertandingan dalam dan luar negara, penyediaan khidmat jurulatih, kakitangan sokongan, perkhidmatan sains sukan dan perubatan serta program bina diri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023
Datuk Lee Chong Wei turut beri motivasi tentang persediaan berjuang demi membawa pulang kilauan emas di temasya sukan berprestij itu. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Belanjawan 2023: Harap bantuan tambahan untuk Azizulhasni - PKBM
Presiden PKBM, Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, sukan berbasikal mempunyai peluang melalui Datuk Azizulhasni Awang untuk cuba menamatkan penantian emas pertama di temasya sukan tersebut.