KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Sabah FC yang baharu Datuk Ong Kim Swee ingin mencatat keputusan cemerlang pada tugasan pertamanya dalam saingan Piala Malaysia menentang Petaling Jaya (PJ) City FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam ini.
Beliau berkata semua pemain perlu yakin dan bangkit segera daripada belenggu kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Super, baru-baru ini.
"Selepas seminggu saya bersama mereka sudah tentu kita tidak boleh mengharapkan suatu perubahan yang cukup besar dalam waktu terdekat, ini agak mustahil...kita berharap Sabah FC mampu bangkit selepas tewas dalam beberapa perlawanan dalam saingan Liga Super.
"Semua pemain menunjukkan sikap yang cukup positif serta sanggup menerima segala perubahan yang cuba saya lakukan. Ini sudah tentu memberi keyakinan yang amat tinggi bagi membolehkan mereka mempamerkan kualiti sebenar permainan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kim Swee berkata akan berlaku perubahan dalam kesebelasan utama untuk kempen Piala Malaysia, kerana para pemain merupakan pemain-pemain yang cukup matang dan berpengalaman sama ada pemain import ataupun pemain tempatan.
Jelasnya, perubahan daripada segi corak permainan itu diyakini akan mampu diadaptasi oleh anak-anak buahnya untuk mencapai keputusan yang baik, sekali gus berusaha mengembalikan keyakinan para penyokong.
Menurutnya PJ City FC bukan satu pasukan yang mudah untuk ditewaskan, lebih-lebih lagi mereka mempunyai kelebihan bermain di laman sendiri.
"Dalam rekod perlawanan saingan Liga Super, Sabah FC tewas dua kali kepada PJ City FC, oleh itu harapan saya untuk semua pemain agar mereka membuktikan yang kita mampu bersaing dengan mana-mana pasukan sekali pun.
"Sudah tentu saya ingin mendapatkan keputusan yang positif pada perlawanan pertama saya bersama Sabah FC," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 27 2021
Kim Swee berkata akan berlaku perubahan dalam kesebelasan utama untuk kempen Piala Malaysia. - Foto fail/Astro ARENA
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.