AARHUS (Denmark): Pemain perseorangan wanita negara, S. Kisona mengakui pretasinya tidak berada pada tahap terbaik buat masa ini, tetapi berjanji akan bekerja keras untuk kembali mendapatkan rentaknya dalam masa terdekat.
Pemain berusia 23 tahun yang dikejutkan dengan kekalahan 9-21, 14-21 kepada pemain ranking ke-183 Talia Ng dari Kanada pada aksi terakhir Kumpulan D, Piala Uber malam tadi (awal pagi Selasa di Malaysia), meminta peminatnya supaya bersabar dan terus memberikan sokongan buatnya untuk kembali bangkit.
Pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu berkata ini bukan kali pertama beliau bergelut dengan prestasi merudum, apabila hilang bisa pada awal tahun ini dan ketika All England pada Mac, tetapi berjaya bangkit menjuarai kejohanan Badminton Antarabangsa Sepanyol, Jun lepas.
Bagaimanapun, susulan menghadapi masalah kesihatan selepas kejohanan di La Nucia itu, prestasi pemain ranking ke-53 itu kembali merudum, dan beliau masih tercari-cari rentaknya.
"Saya rasa, tahap kecerdasan saya masih boleh ikut lagi, tapi dari segi kelajuan, saya lambat sikit, bukan pada perlawanan ini sahaja, tapi pertandingan sebelum ini pun sama. Prestasi seseorang atlet ada masanya berada dalam keadaan terbaik, dan ada masanya akan merosot.
"Pada masa ini prestasi saya agak menurun, saya dapat belajar dari sini dan perlu tahu cara mengatasi masalah. Saya hanya perlukan sedikit masa untuk memperbaiki prestasi namun, saya yakin akan dapat semula keyakinan diri," katanya selepas perlawanan itu.
BACA: Kejutan Kanada akhiri kempen Malaysia pada saingan Piala Uber
Kisona, yang terpaksa mengalas tanggungjawab sebagai perseorangan utama negara, sebelum ini tewas kepada pemain nombor 12 dunia Mia Blichfeldt pada aksi pertama Piala Uber menentang Denmark.
Sementara itu, pemain berusia 20 tahun, Eoon Qi Xuan yang berjaya melakar kejutan ke atas pemain ranking 23 dunia, Line Christophersen dari Denmark, berkata lawannya pada aksi malam tadi, Rachel Chan menampilkan prestasi yang lebih baik untuk menewaskannya 21-12, 21-13.
"Pada aksi itu, saya rasa agak kurang, lawan saya dapat kawal perlawanan dan dia punya stroke pun berbeza, membuat saya tertekan. Ada banyak perkara yang saya harus meningkatkan seperti kekuatan pukulan," kata pemain yang menduduki ranking 123 itu.
Qi Xuan juga berharap untuk memperbaiki rankingnya supaya menembusi kedudukan 50 teratas dunia dalam masa setahun lagi.
Malaysia, yang dibarisi oleh pemain muda dengan purata umur 22 tahun, gagal mencapai sasaran mara ke suku akhir Piala Uber kali ini, apabila mengalami kekalahan 4-1 masing-masing kepada tuan rumah Denmark dan Kanada, selain dibelasah 5-0 oleh China, sekali gus menamatkan saingan di tangga tercorot Kumpulan D.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
Kisona tewas kepada pemain nombor 12 dunia Mia Blichfeldt pada aksi pertama Piala Uber menentang Denmark. - Foto Facebook BAM
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Kisona buru kedudukan 20 terbaik dunia
Kisona optimis dengan corak latihannya yang disifatkan solid bersama jurulatih baharu Mohd Zakry Abdul Latif dan rakan pasukan.
Terbuka Australia: Tze Yong, Kisona giat buat persiapan terakhir
Komitmen dan kesungguhan yang ditampilkan kedua-dua pemain berkenaan, mampu menutup tirai kejohanan musim 2022 dengan penuh bergaya.
Piala Uber: Malaysia atasi Mesir 5-0
SSkuad wanita Malaysia menamatkan cabaran mereka dalam Pusingan Akhir Piala Uber 2022 dengan menewaskan Mesir 5-0, perlawanan terakhir Kumpulan C di Impact Arena di sini, pada Selasa.
Kisona kejutkan bekas pemain nombor satu dunia
Pemain perseorangan wanita negara S. Kisona mencipta kejutan apabila menewaskan bekas pemain nombor satu dunia Saina Nehwal dari India pada pusingan kedua Kejohanan Terbuka Switzerland 2022 di Basel.
BATC: Skuad lelaki benam Singapura 5-0, wanita tempah tiket Piala Uber
Skuad lelaki memulakan kempen Kumpulan B di Pusat Konvensyen Setia City dengan kemenangan 5-0 menentang negara jiran Singapura.
Kejuaraan Dunia: Kisona terkeluar awal
Harapan pemain badminton perseorangan wanita utama negara S. Kisona untuk kembali cemerlang tidak kesampaian.
BAM akan bantu Kisona baiki prestasi diri - Norza
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan terus menyokong pemain perseorangan wanita negara S.Kisona dalam usaha mengembalikan keyakinan diri dan prestasi dirinya.
Kisona akui hilang rentak, tekad bangkit semula
Kisona meminta peminatnya supaya bersabar dan terus memberikan sokongan buatnya untuk kembali bangkit.
'Saya juga manusia', kata Kisona
Pemain itu bertekad mengetepikan kejadian berbaur perkauman dan menumpukan perhatian pada perlawanan pembukaan Piala Uber hari ini.
Komen perkauman suatu yang keterlaluan - BAM
BAM menganggap komen berbaur perkauman yang dilemparkan terhadap pemain perseorangan wanita negara merupakan sesuatu yang keterlaluan.