KUARTET ekuin negara dinobat sebagai juara acara dressage berkumpulan pada Selasa, sekali gus mengutip sebutir lagi pingat emas untuk negara terus mengejar sasaran 111 emas dalam temasya Sukan SEA kali ini.
Selaku tuan rumah, pasukan yang dibarisi Qabil Ambak Mahamad Fathil selaku ketua, adiknya Quzandria Nur, Edric Lee Chin Hon, dan Quek Sue Yian, gah melangkah naik podium untuk dikalungkan pingat idaman.
Usai upacara kalungan pingat, pasukan Malaysia bersama Thailand, yang dipimpin Puteri Rajanya, Puteri Sirivannavarinariratana Vijayalongkhorn, di tempat kedua, serta pasukan Singapura di tempat ketiga, kembali menaiki kuda masing-masing untuk melakukan ‘victory lap’.
Disaksikan penonton yang memenuhi Pusat Ekuestrian 3Q, Rawang itu, Qabil, legenda ekuestrian negara yang mencatat mata tertinggi pada pagi itu dengan 73.053 mata penuh, bangga mengibar Jalur Gemilang di atas kuda kesayangannya, Windsor.
Sedang dia meraikan kejayaan di tengah arena, saya yang sedang menunggu bersama petugas media lain di ruangan temub ual khas, sambil menyaksikan para atlet mengelilingi arena, ternampak sesuatu.
Kelihatannya seperti ada sesuatu yang terjatuh ke tanah dari atas kuda Qabil.
Alamak, itu pingat! Ia terputus dari kalungannya.
Qabil nampaknya tidak menyedari perkara itu dan terus menunggang.
“Eh, medal Qabil putus! Medal dia jatuh!” lantang saya bertempik supaya didengari khalayak di ruang yang dipenuhi para petugas media dalam dan luar negara, serta sukarelawan dan petugas acara, pada pagi itu.
Namun, semua seperti tidak faham dan tidak endah.
Tetapi mata saya tetap terkunci pada tempat pingat itu jatuh, sambil ekor mata memerhati sekiranya ada mana-mana urusetia, petugas venue atau sesiapa yang berdekatan, menyedari dan mengutip pingat tersebut.
Setelah menunggu beberapa ketika, tiada siapa yang muncul. Mungkin tiada siapa pun perasan kejadian tersebut.
Walaupun ia adalah pingat ke-10 buat dirinya, ia tetap sangat berharga untuk Qabil. Tanpa menunggu lebih lama lagi, saya tergerak untuk mengutipnya sendiri sebelum ia rosak dipijak kuda atau lebih buruk, dicuri.
Saya kutip lalu bersihkan pasir dan tanah pada pingat itu. Ya, ia sebutir pingat emas yang sangat cantik. Terukir padanya ‘29th SEA Games Kuala Lumpur 2017’ dan pada bahagian bawahnya ‘Equestrian Dressage Team’. Semua atlet di Asia Tenggara ini bermati-matian untuk mendapatkan pingat ini.
Sempat saya mengelamun seketika, berangan seandainya pingat itu saya yang punya. Tetapi sayangnya ia hak Qabil, dan saya perlu memulangkannya kepada dia yang berhak. Lalu, saya serahkan kepada seorang petugas acara yang berhampiran.
Saya kembali ke ruangan khas temu bual. Sambil menanti detik untuk menemu bual pasukan Malaysia, seorang petugas datang dari tengah arena, cemas bertanyakan kepada petugas lain “Medal Qabil mana? Ada nampak tak?.”
Hilang cemas lelaki itu apabila mendapat pingat yang dicari daripada rakan setugasnya, lalu bergegas kembali ke tengah arena untuk diserahkan kepada Qabil.
Tiba-tiba saya terfikir, “Aku sudah selamatkan pingat emas seorang wira negara. Bermakna aku ini wira kepada wira negara!”. Tersenyum kecil saya mengenangkan 'jasa' sendiri. Tetapi apalah sangat jika mahu dibanding usaha dan pengorbanan Qabil untuk mendapatkan pingat itu untuk negara.
Tak lama kemudian Qabil dan lain-lain tiba, dan gembira menjawab satu-persatu pertanyaan media. Terlihat pada dadanya pingat yang sudah diikat pada kalungnya. Sedikit sebanyak, gembira dia dan rakan-rakan dapat saya rasa, dan ia saya pasti rasa lain daripada penyokong mereka serta seluruh warga Malaysia atas kemenangan pada hari itu.
Beransur pulang
Selesai berkongsi rasa dan menjawab pertanyaan media, kami beransur untuk memberikan laluan kepada rakan media negara lain menemu bual atlet mereka. Ketika saya melewati arena menuju ke kereta untuk pulang, matahari kembali terik. Hendak saya capai cermin mata hitam klip yang saya sangkut pada baju, baru saya sedari ia tiada.
“Aih, mana pula jatuh specs hitam aku ni?”. Saya cemas sambil menepuk-nepuk poket kiri, kanan dan belakang. Beg juga puas digeledah kalau-kalau saya terlupa yang sebenarnya saya simpan di situ.
Tidak ada. Risau saya bukan kepalang. Ini kali kedua cermin mata kesayangan itu hilang, mujur kali pertama ditemukan semula. Janganlah hilang kali ini.
Saya soroti kembali laluan yang saya jejaki tadi, sehingga ke bangunan ruangan khas temu bual yang kini dipenuhi media Thailand dan Singapura yang sedang menemu bual atlet mereka. Sukarelawan dan petugas juga ramai, dan pasukan Malaysia masih berlegar-legar di kawasan itu untuk bergambar bersama penyokong.
“Dik, ada nampak cermin mata hitam tak? Saya punya hilang, rasanya jatuh area sini,” tanya saya pada seorang sukarelawan di situ.
“Tak nampak pula, bang,” katanya yang kemudian membantu pencarian saya di kawasan tersebut. Mesej juga disampaikan kepada rakan sukarelawan lain.
“Janganlah kena pijak,” sambil saya terus mencari-cari di bawah kerusi, meja, di celah pokok, di dalam parit dan di atas lantai, terus berharap ia dapat ditemukan dalam keadaan baik.
Masih tiada. Saya kembali ke arena untuk meneruskan pencarian di sekitar jalan yang saya lalui tadi.
“Kau cari apa?” tanya Abang Cacul. Abang Cacul ini adalah bekas rakan sekerja di AWANI. Dia saya temui awal pagi tadi, sedang mengambil video acara tersebut. Katanya dia kini sebagai in-house cameraman. Tadi pun semasa sidang media dia ada bersama kami.
“Cari specs hitam saya. Abang ada nampak tak?”
"Hah, ada pada aku ni. Aku nampak tadi atas lantai, nampak macam kau punya, aku pun simpankanlah. Nah," sambil mengeluarkan harta kesayangan saya dari beg silangnya.
“Ya Allah, terima kasih banyak-banyak bang!” hela saya lega sambil terus memeluk Abang Cacul. Dialah penyelamat saya pada hari itu. Kami bersalaman sebelum saya meminta diri.
“Kirim salam kawan-kawan di Awani ya!,” teriak Abang Cacul sambil saya balas dengan tanda ibu jari dan berlalu pergi.
Sambil berjalan, saya mengenang kembali apa yang telah dilalui sejak pagi. Seakan percikan, permainan fikiran tiba-tiba kembali bermain.
“Abang Cacul sudah selamatkan cermin mata hitam aku. Aku pula sudah selamatkan pingat emas Qabil.
“Jadi secara teknikalnya, Abang Cacul adalah WIRA kepada WIRA kepada WIRA NEGARA! Dia lebih WIRA daripada kami berdua!.”
Terus ketawa saya seorang diri, mengenangkan Abang Cacul ini, yang nama sebenarnya Samsul Kamal Abdul Latip yang dahulunya dipanggil ‘wira negara’ oleh warga kerja AWANI.
Panggilan itu wujud selepas dia berjaya pulang daripada menempuh cabaran hebat semasa bertugas mengikut misi flotila kemanusian kapal Mavi Marmara ke Gaza, Palestin pada 2010 bersama penyampai berita AWANI, Ashwad Ismail. Malah kami juga sering bergurau dengan memanggilnya ‘Rambo’ kerana peristiwa itu dan juga mimik mukanya yang seakan hero perang fiksyen itu.
“Abang Cacul memang real hero lah!,” kata saya seorang diri, sambil terus melangkah menuju kereta.
#kitasamahero, kan?
Israr Khalid
Wed Aug 23 2017
Disaksikan penonton yang menghadiri Pusat Ekuestrian 3Q, Qabil, legenda ekuestrian negara yang mencatat mata tertinggi pada pagi itu dengan 73.053 mata penuh bangga mengibar Jalur Gemilang di atas kuda kesayangannya. - Astro AWANI/ Israr Khalid
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
Pembantu Istana Buckingham ditahan bergaduh di parti Krismas
Seorang wanita berusia 24 tahun ditahan atas tuduhan melakukan serangan, kerosakan dan berkelakuan mabuk.
Poland miliki dron canggih dari Amerika bernilai AS$295 juta
Kerajaan Poland menandatangani kontrak pemilikan dron berteknologi tinggi bernilai $295 juta dolar dengan syarikat pembuatan dron General Atomics dari Amerika Syarikat pada Jumaat. Pembelian dron MQ-9B Sky Guardian itu sebahagian daripada usaha Poland merealisasikan impiannya untuk mewujudkan pasukan ketenteraan dronnya yang tersendiri.
Sukan SEA: Giliran Filipina pula
Tuan rumah edisi ke-30 itu telah mencadangkan beberapa provinsi di Central Luzon sebagai venue bagi temasya dwitahunan itu.
Pelajar bakar mercun di Stadium Shah Alam ditahan
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata suspek berusia 16 tahun itu ditahan ketika sedang beratur untuk keluar dari stadium.
Saya kecewa, namun bangga dengan apa kita ada untuk masa depan - TMJ
Apa yang penting sekarang, belajarlah daripada kesilapan. Belajar daripada kekalahan untuk digunakan sebagai senjata untuk masa kita yang akan datang, kata TMJ
Azizulhasni lakar sejarah lengkapkan tiga misi
Juara Keirin Dunia 2017 Mohd Azizulhasni Awang melakarkan sejarah apabila menjadi individu yang melengkapkan sasaran negara dan skuad berbasikal negara dalam pemburuan pingat emas.
Guna pengangkutan awam ke penutup Sukan SEA esok
Orang ramai diminta menggunakan pengangkutan awam untuk ke upacara penutup Sukan SEA Ke-29 (KL2017) di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, esok.
Khairy yakin Malaysia mampu capai 120 emas
Menteri Belia dan Sukan yakin kontinjen negara mampu mencapai jumlah 120 pingat emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sebelum temasya edisi ke-29 itu melabuhkan tirainya Rabu ini.
KL2017: Sasaran pingat emas ke-111 negara semakin hampir, ayuh Malaysia bangkit!
Pingat emas ke-100 negara diperoleh menerusi skuad gimnastik berirama dalam acara gelung bola belantan dan reben.
Shalin Zulkifli terus menyinar
Ikon boling negara Shalin Zulkifli menguasai Masters wanita dengan menghadiahkan emas buat negara.
Ong Kim Swee tidak pandang rekod lama dengan Indonesia
Malaysia tidah mahu merujuk rekod pertemuan terbaru dengan Indonesia bulan lepas sebagai satu ukuran tepat mengenai kekuatan pasukan itu.
KL2017: Skuad bola sepak Indonesia jumpa Malaysia di separuh akhir
Indonesia akan berdepan dengan tuan rumah Malaysia pada saingan separuh akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Sabtu ini.