awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
Tiga maut dalam letupan di selatan Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KLHA diarah tinggalkan Stadium Hoki Kuala Lumpur

Astro Arena
Astro Arena
16/06/2020
22:19 MYT
KLHA diarah tinggalkan Stadium Hoki Kuala Lumpur
Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) mula menguruskan Stadium Hoki Kuala Lumpur sejak 1988. - Foto Astro ARENA
TIMBALAN Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA), I Vickneswaran, kecewa dengan sikap segelintir pegawai badan induk wilayah itu yang meletakkan persatuan itu berdepan risiko menjadi gelandangan, ia susulan arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengosongkan pejabat Stadium Hoki Kuala Lumpur di Bangsar.
KLHA perlu mengosongkan pejabat di Stadium Hoki Kuala Lumpur serta-merta, DBKL mengeluarkan arahan 2 Jun lalu untuk menamatkan kontrak kepada KLHA sebagai pihak yang menguruskan venue ini.
Tindakan tersebut susulan kegagalan KHA menguruskan venue ini dengan baik sejak kebelakangan ini.
Untuk rekod, KLHA mula menguruskan Stadium Hoki Kuala Lumpur sejak 1988.
Arahan ini memberikan tamparan hebat kepada KLHA menjelang dua kejohanan yang dijadual dianjurkan tahun ini -- Liga Hoki Remaja dan Piala Razak.
"Saya sangat hairan dengan situasi yang dihadapi ini. Saya menerima perkhabaran mengenai KLHA diarah untuk keluar daripada Stadium Hoki Kuala Lumpur menerusi media," kata Vickneswaran.
"Stadium ini amat penting bagi pembangunan sukan hoki di Kuala Lumpur," kata Naib Presiden KLHA, Vic Suppiah.
"Inilah satu-satunya padang hoki bagi warga Kuala Lumpur dan di sini lahirnya pemain-pemain daripada peringkat muda sehingga senior," kata Pengurus DBKL-HDP, Abd Razak@Rahman Pendek.
Topic Berkaitan
#Bangsar
#DBKL
#gelandangan
#hoki
#Hoki Kuala Lumpur
#I Vickneswaran
#KLHA
#kosongkan pejabat
#padang hoki
#risiko
#Stadium Hoki Kuala Lumpur
#sukan
#tamat kontrak
#venue
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan