awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos urus penyakit tidak berjangkit cecah RM64.3 bilion setahun, fokus pencegahan - Dr Dzulkefly
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Klopp: Everton tidak seharusnya raih sepakan penalti

Astro Arena
Astro Arena
10/12/2017
23:57 MYT
Klopp: Everton tidak seharusnya raih sepakan penalti
Mohamed Salah menjaringkan gol pertama Liverpool melintasi penjaga gol Everton, Jordan Pickford, semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di Anfield, Liverpool, Britain, 10 Disember, 2017. - REUTERS
LIVERPOOL 1 EVERTON 1
PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp berang dengan pengadil perlawanan, Craig Pawson kerana memberikan penalti di penghujung permainan membenarkan Everton meraih keputusan seri 1-1 di Anfield, semalam.
The Reds mendominasi aksi 'derby' Merseyside derby sepanjang perlawanan mendahului perlawanan tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama menerusi jaringan gol ke-13 Mohamed Salah untuk musim ini.
Liverpool melepaskan banyak peluang dalam babak kedua perlawanan dan dihukum dengan gol penyamaan Everton yang disempurnakan oleh Wayne Rooney menerusi sepakan penalti selepas Dejan Lovren menjatuhkan Dominic Calvert-Lewin.
Klopp menyifatkan pengadil perlawanan gagal melakukan tugas dengan baik dan telah melakukan keputusan yang salah.
"Kami telah bermain dengan baik," kata Klopp.
"Saya hanya melihat satu pasukan sahaja yang beraksi.
"Gylfi Sigurdsson melakukan terjahan keras dan ia harus dilayangkan kad merah. Calvert-Lewin bijak mengambil peluang dan jatuh di dalam kotak penalti.
"Saya tidak memahami mengapa pengadil memberikan sepakan penalti kepada pasukan lawan."
Klopp telah melakukan keputusan yang mengejutkan dengan menamakan Philippe Coutinho dan Roberto Firmino di bangku simpanan dan mengeluarkan Salah 20 minit sebelum perlawanan tamat.
"Ia adalah tugas saya. Saya membuat keputusan yang saya fikir adalah betul.
"Kami seharusnya menjaringkan lebih banyak gol. Saya terpaksa menerima keputusan ini."
Topic Berkaitan
#Craig Pawson
#jurgen klopp
#Liverpool
#Mohamed Salah
#sepakan penalti
#Wayne Rooney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan