awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koeman bangga dengan Barcelona selepas perlawanan sukar di Celta

Astro Arena
Astro Arena
02/10/2020
01:23 MYT
Koeman bangga dengan Barcelona selepas perlawanan sukar di Celta
Pemain Barcelona Gerard Pique diberikan kad kuning oleh pengadil semasa perlawanan La Liga antara Celta Vigo dan FC Barcelona di Estadio de Balaidos, Vigo, Sepanyol, 1 Okt, 2020. REUTERS
RONALD Koeman berasakan Clement Lenglet tidak bernasib baik apabila diarahkan keluar padang ketika Barcelona menewaskan Celta Vigo 3-0 di Abanco Balaidos awal pagi tadi tetapi memuji keseluruhan pasukannya kerana berjaya menangani situasi itu tanpa seorang pemain.
Lenglet dilayangkan kad kuning kedua pada penghujung babak pertama selepas pengadil, Carlos del Cerro Grande, berasakan pemain pertahanan itu menghadang Denis Suarez dengan lengannya.
Barca pada ketika itu mendahului 1-0 hasil jaringan Ansu Fati sebelum memperoleh kemenangan kedua daripada dua perlawanan LaLiga musim ini selepas Lionel Messi memaksa Lucas Olaza terjaring ke gawang sendiri dan Sergi Roberto menambah gol ketiga dalam waktu kecederaan.
Koeman berasa simpati kepada Lenglet tetapi berasakan adalah lebih penting untuk membicarakan mengenai perwatakan skuad Blaugrana itu dalam cuaca lembap dan berangin di gelanggang lawan berkenaan.
It's a great win. @RonaldKoeman Post-game live on Barça TV+ https://t.co/v28AM27Zzq pic.twitter.com/zkOxTE49rT
— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 1, 2020
"Anda boleh mempertikaikan sama ada ia kad kuning atau tidak," kata ketua jurulatih Barca itu seperti yang dipetik Marca.
"Ia satu hukuman yang sukar. Amat sukar untuk menjadi pengadil. Ia satu keputusan yang tidak perlu kita bincangkan.
"Saya amat berbangga dengan pasukan ini dalam perlawanan hari ini. Kami berusaha dengan amat gigih dan bermain dengan amat berdisiplin dalam satu pasukan dengan kekurangan seorang pemain.
"Kami melakukan tugas yang baik. Keputusan ini membuatkan kami berfikir bahawa kami sedang berada di landasan yang betul," katanya.
Topic Berkaitan
#Ronald Koeman
#kad kuning
#Lionel Messi
#Twitter
#barcelona
#Clement Lenglet
#keluar padang
#Carlos del Cerro Grande
#denis suarez
#Celta Vigo
#LaLiga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan