awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KOM, MSN kesal tindakan Muhammad Irfan pertikai isu jurulatih

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
17/01/2019
04:32 MYT
KOM, MSN kesal tindakan Muhammad Irfan pertikai isu jurulatih
TINDAKAN Muhammad Irfan meluahkan rasa kesal di laman media sosial mengundang kekesalan pihak MSN dan KOM. - Foto BERNAMA
Majlis Sukan Negara (MSN) kesal dengan tindakan atlet olahraga kebangsaan, Muhammad Irfan Shamsuddin yang memilih meluahkan rasa tidak puas hatinya berkenaan perlucutan jawatan jurulatihnya di laman media sosial.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, keputusan perlucutan kontrak jurulatihnya, Frantisek Petrovic merupakan keputusan Muhammad Irfan yang berpendapat sudah terlalu lama dia menggunakan khidmat jurulatih yang sama.
Beliau turut menegaskan, isu pembiayaan program latihan luar negara Muhammad Irfan ditolak kerana pihaknya tidak memperoleh maklumat lengkap berhubung pusat latihan dan skop latihan yang akan digunakan di sana.
"MSN tidak menerima sebarang surat atau sebut harga rasmi daripada mana-mana persatuan atau kelab olahraga dari negara Republik Czech atau Turki yang boleh menyatakan persetujuan mereka menerima Muhammad Irfan sebagai pelatih di kedua-dua negara itu," kata beliau dalam kenyataan pada Khamis.
View this post on Instagram
Just wanna ask you @syedsaddiq, mula2 you bubarkan PODIUM. Then my coach ditamatkan contract serta merta selepas saya pecahkan record kebangsaan 13 kali, 3x SEA Games gold and Asian Championship Silver medal yang saya bersama sama achieved with my coach within 6 years of working together dan elaun dipotong separuh. I’m still alright with it, but right now the situation is I’m without coach dan saya nak pergi training camp tapi tiada bajet (ticket flight saya dah beli). May I ask you a question Yb, you suruh athletes buat results, but you terminate my coach contract, and now that I’ve a new coach(so far saya bayar pakai duit saya sendiri) and right now you tell me, saya takda coach, and then my plan to train overseas tak diluluskan. Explain to me? adakah ini yang YB maksudkan dengan #youthpower? What’s your vision and mission in our sports actually YB? #youthpower #formycountry
A post shared by Irfan Shamshuddin (@irfan_sham) on
Jan 16, 2019 at 6:06am PST
Baru-baru ini Irfan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perlucutan jawatan jurulatih beliau dan pembiayaan program latihan luar negara yang ditolak MSN menerusi akaun instagram peribadinya.
Beliau juga turut tidak berpuas hati dengan kesulitan untuk meneruskan latihannya ke Eropah dan meminta Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengambil tindakan.
Berhubung tuduhan Muhammad Irfan itu juga, Ahmad Shapawi memberitahu, beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya dakwaan berkenaan dan setiap keputusan yang dibuat tidak ada kaitan dengan arahan Menteri Belia dan Sukan.
Sementara itu, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang juga kesal dengan tindakan Muhammad Irfan itu menggesa atlet berkenaan menarik semula kenyataannya.
Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim berkata, tindakan Muhammad Irfan berkongsi kekecewaan di laman media sosial tidak sewajarnya dilakukan atlet itu.
“KOM amat kesal dengan apa yang terjadi dan berharap agar Irfan bersabar bagi setiap yang dikehendakinya kerana sebarang keputusan perlulah dibuat secara kolektif,” kata Ibrahim dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Dalam masa sama, KOM, tambah beliau, memohon maaf dan berharap Irfan dapat menarik balik tuduhannya serta mengadakan perbincangan semula dengan jawatankuasa KOM.
Topic Berkaitan
#Dato Karim Ibrahim
#Instagram
#Kenyataan Media
#kom
#laman sosial
#MSN
#Muhammad Irfan Shamsuddin
#Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan